Saturday, November 21, 2009

Dada Saya Sebak...


Pada zaman dulu di Kufah, Iraq, terdapat seorang pemuda kacak yang sangat kuat beribadat dan kuat melawan hawa nafsu. Pada suatu hari dia bermusafir bersama kaumnya dan telah terpandang seorang wanita yang sangat cantik, lalu dia terpikat dan jatuh cinta kepada wanita tersebut. Wanita itu juga turut terpikat dengan pemuda itu. Kemudian, pemuda itu terus meminangnya, tetapi pinangannya ditolak kerana wanita sudah bertunang dengan sepupunya. Tetapi cinta mereka berdua telah membuak-buak sehingga menyiksa batin mereka, wanita itu terus mengirim surat kepada lelaki tersebut yang tertulis.

"Sesungguhnya aku telah mengetahui begitu mendalamnya cintamu padaku dan sesungguhnya aku juga teramat mencintaimu. Jika kamu setuju, aku akan menziarahi mu ataupun aku akan memudahkan kamu supaya kamu datang berjumpa dengan ku." Kemudian si lelaki itu membalas surat tersebut "Aku tidak memilih salah satu dari 2 pilihan ini. Aku takut azab pada hari kiamat yang agung sekiranya aku membuat maksiat kepada tuhan ku."(15: Al-Anam) aku takut api neraka yang tidak akan padam dan tidak akan hilang kepanasannya."

Apabila wanita itu mendapat kata-kata lelaki tersebut, dia menjawab "Aku merasakan dia memilih demikian kerana dia takut kepada Allah. Sepatutnya semua hamba perlu ada sifat takut kepada Allah kerana semua hamba adalah sama."

Kemudian wanita itu terus menjauhi pemuda itu dan beribadat bersungguh-sungguh. Walaupun begitu, cinta wanita itu tetap memuncak sehingga akhirnya dia mati kerana derita cintanya. Selepas wanita itu meninggal, pemuda itu menziarahi kuburnya, sambil berdoa dan menangis sehinggalah dia tertidur. Dalam tidurnya dia bermimpi bertemu wanita itu dalam keadaan yang amat baik sekali. Perempuan itu bertanya "Bagaimana dengan keadaan mu dan apa yang kamu buat setelah kematianku." Dan wanita itu melafazkan satu rangkap syair:

"Sebaik-baik cinta wahai permintaanku adalah cinta kepada mu, cinta mu membawa kepada kebaikan dan ihsan"

Lelaki itu bertanya "Apa yang engkau dapat sekarang?"

Wanita itu menjawab,"Mendapat nikmat dan kehidupan yg tidak akan hilang di dalam syurga yg kekal dan kerajaan yg tidak akan musnah"

Lelaki itu berkata "Ingatlah aku disana kerana aku tidak melupakanmu." wanita itu menjawab "Demi Allah aku tidak pernah melupakanmu dan aku telah meminta kepada Allah supaya kita dapat disatukan. Hendaklah kamu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ku." Lelaki itu bertanya "Bilakah aku boleh berjumpa dengan mu?"

Wanita itu menjawab "Engkau akan bertemu dengan ku tidak lama lagi."

Setelah tujuh hari pemuda itu pun meninggal dunia. Semoga Allah merahmatinya.

Rujukan:- Raudatul Muhibbin oleh syeikh Muhammad bin Abu bakar az-Zurie'.
-Ustaz Salman, www.akhisalman.blogspot.com"

p/s- Kata Pok We, "Susah lagu ni!"
-Kata HYD "Susah sangat We! (-.-)"

Sukarnya Menjaga Iman Di Ufuk Zaman Ini.
Read more on this article...

Malaysia makmur dengan hasil haram?

Baru-baru ini di Parlimen isu jumlah hari cabutan untuk judi tikam nombor yang dihalalkan oleh kerajaan Pusat dipertikaikan.

Menurut rekod pada tahun 2008 sahaja kerajaan Pusat mengutip sejumlah RM2.37 billion hasil dari aktiviti perjudian yang dilesenkan termasuklah kasino (iaitu hampir dua kali ganda dari Bajet Selangor 2010 iaitu sebanyak RM1.3 bilion).

Sebagaimana dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan pecahan hasil yang diperolehi dari syarikat-syarikat judi berkenaan adalah Genting RM949.8 juta (lebih dua kali ganda dari hasil cukai yang dijangka untuk Selangor 2010 iaitu RM460 juta), Sports Toto RM509.74 juta, Magnum RM396.5juta, Pan Malaysia Pool RM270.76 juta dan Pan Malaysian Racing RM138 juta.

Untuk satu tahun syarikat-syarikat judi tikam nombor mengadakan sebanyak 72 cabutan khas (special draw) selain cabutan biasa sebanyak 3 kali seminggu yang dibenarkan kerajaan Pusat.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang khasnya dari DAP merungut bahawa terdapat terlalu banyak cabutan untuk setahun dan mendesak agar kerajaan mengurangkan jumlahnya.

Untuk rekod juga selain jumlah pendapatan dari cukaijudi seperti di atas turut dimaklumkan yang kerajaan memperolehi RM4.4 bilion hasil dari cukai-cukai yang dikenakan ke atas produk tembakau dan arak.

Apa nak dikatakan? Inilah realiti yang ada di hadapan kita pada hari ini. Lumayan sungguh hasilnya bukan?

Dipetik dari Roslan SMS Corner
Read more on this article...

Thursday, November 5, 2009

Teladan Bagi Parti Islam Seluruh Dunia

FIS Algeria:Teladan Bagi Parti Islam Seluruh Dunia
“Mereka kata, kita tak join PAS sebab PAS lemah tarbiah, jadi kami berukhuwah dan di tarbiah dalam jemaah kami ini yang menekan aspek-aspek itu,walaupun PAS menang, Islam belum tentu dapat ditegakkan di Malaysia, dan kalau menang, mungkin PAS akan tumbang seperti parti Islam di Algeria”

Di atas adalah kata-kata seorang pelajar junior di Kaherah, pada masa itu kami sempat berbual pendek di sebuah majlis Perubatan. Dia sempat bercerita kepada saya tentang keterlibatannya dengan satu ‘jemaah’ barunya yang berpendirian atau memilih untuk tidak bersama PAS dalam memperjuangkan Islam di Malaysia sama ada politik atau tarbiah.

Hujahnya kelemahan PAS
Setahun kemudian, saya jumpa lagi dengannya dalam satu majlis.

“Saya dah keluar! Saya dah tahu siapa mereka” luah dia kepada saya.

Saya hanya mampu tersenyum, saya tahu, budak sebijak dia tidak semudah itu untuk menjadi manusia yang direkrut yang memperkuatkan jemaah yang melemahkan gerakan Islam yang lain, pada masa yang sama memperkuatkan UMNO.

Kisah junior tahun 2 medik Kaherah itu sangat memberi kesan pada saya tentang Algeria, hujah ‘jemaah’ lama si junior dengan parti Islam di Algeria membuatkan saya tercari-cari fakta kebenaran, dan ternyata saya temui, parti Islam Algeria tidak seburuk yang digambarkan ‘jemaah’ itu.

Usianya pendek. Namun, akan dikenang sebagai sebuah gerakan Islam yang mampu diterima oleh rakyat. Kerana, ia konsisten dalam berjuang sebagai parti Islam. Perkembangan dan sejarahnya dimatikan oleh pemerintah.

Pada akhir 80-an dan awal 90-an, hampir semua gerakan Islam dunia mengenali FIS. FIS atau Front Islamic du Salut (Islamic Salvation Front) atau dalam bahasa Melayu ialah Barisan Penyelamat Islam adalah sebuah parti politik di Algeria berideologi Islam.

Sehinggalah pada tahun 1988, di Algeria hanya ada satu parti politik iaitu FLN (National Liberation Front). Namun ketika meletus penentangan terhadap pemerintah dan FLN, presiden Algeria ketika itu, Chadli Bendjedid (sekali gus merangkap sebagai setiausaha Agong FLN), terpaksa mengizinkan berbagai perubahan baru.

Setahun kemudian, berdirilah FIS. FIS didirikan di atas kesedaran masyarakat Algeria yang beragama Islam. Bertahun-tahun masyarakat Muslim Algeria kecewa terhadap pemerintah yang berorientasikan sekular,serta negaranya tidak mengalami kemajuan. Selain itu, pemerintah Algeria pada ketika itu tidak mengakomodasikan kepentingan umat Islam.

Benjedid sendiri memerintah sejak tahun 1978, meneruskan kepemimpinan Boumedienne yang juga berideologi sekular. Boumedienne sendiri berkuasa kerana menggulingkan presiden Bella pada tahun 1962. Secara automatik, sejak tahun 1988 itu, muncul beberapa kumpulan pembangkang di Algeria. Namun begitu, hanya FIS yang berjaya menyerlah ke permukaan dan meraih simpati masyarakat.

Tetapi kenapa FIS dapat menyerlah? Ini kerana FIS konsisten berjuang dengan program-program dan asas Islam.

Masyarakat Algeria yang sudah lama hidup dalam belenggu dan suasana sekular, tidak disangka-sangka lebih memilih FIS. Walaupun majoriti rakyat beragama Islam, namun kehidupan dan budaya hidup masyarakat Algeria tidak jauh bezanya dengan masyarakat Perancis atau Eropah,dan kecenderungan mereka terhadap FIS adalah sangat menghairankan banyak pihak. Sekalipun hidup dalam hedonis, tapi untuk urusan pemerintahan, rakyat Algeria lebih percaya pada konsep Islam.

FIS menggunakan peluang keemasan dengan baik, iaitu dengan tidak tertarik akan ideal “berpura-pura” menjadi sekular, seperti menjadi parti terbuka atau nasionalis untuk menarik simpati masyarakat. Mereka tetap konsisten dengan nilai dan prinsip Islam, baik di dalam parti ataupun pendirian luar terhadap parti atau golongan serta pemerintah.

Pada pilihan raya 1991, setelah dua tahun berdirinya FIS, partai ini meraih 54% undi keseluruhan dan mendapat 188 kursi di parlimen atau menguasai 81% kerusi. Suatu pencapaian yang fantastik! Pada pilihan raya pusingan kedua, FIS diisytiharkan menang mutlak.

Pada undian putaran pertama 20 Jun 1991, FIS memenangi 54% undi dan mendapat 188 (81%) kursi di parlimen. Umat Islam Algeria menyambut gembira Kemenangan FIS.

Namun tidak dengan Benjedid. Presiden itu yang kemudian mengundurkan diri setelah kekalahan partinya segera berkonspirasi dengan pihak-pihak yang tidak ingin Islam tampil dan FIS berkuasa. Maka Benjedid pun menggalang kekuatan tentera. Tentera, dengan segala jenteranya dan tidak semena-mena, membubarkan parlimen Algeria serta membatalkan keputusan pilihan raya.

Mohammed Boudiaf, mewakili pihak tentera, segera mendirikan Dewan Tertinggi Negara, dan kemudian bertindak sebagai pemerintahan sementara, dengan tidak mempedulikan mana-mana undang, mengumumkan bahawa Algeria berada dalam keadaan darurat.

Align CenterBoudiaf menjadi penguasa baru di Aljazair. Ia merencana pelbagai tindakan untuk mengharamkan FIS dan mengisytiharkannya sebagai parti politik haram. Ribuan anggota dan pendukung FIS ditangkap dan di humban ke dalam penjara, dan ada juga yang dibunuh. Pemimpin FIS Abassi Madani dan Ali Belhadj dipenjarakan. Tidak lama kemudian Boudiaf sendiri mati dibunuh oleh Leftenan Mohammed Bumaaraf yang berusia 26 tahun. Sejarah berulang lagi, Algeria tidak pernah lepas dari pemberontakan dan pembunuhan. Ini berbeza jika FIS memerintah, kerana walaupun memperjuangkan ideologi Islam, FIS tidak sekalipun merugikan kepentingan golongan lain.

Kini Algeria diperintah oleh Abdul Aziz Boetuflika yang juga sekular. FIS sudah tidak ada lagi di negara ini. Namun pelajaran besar dari FIS adalah jangan pernah menanggalkan prinsip perjuangan sebagai parti Islam walaupun di tengah masyarakat yang sekular.

Ini Kerana,walau bagaimana jahiliahnya umat Islam di sebuah negara, jauh di lubuk hatinya mereka menginginkan sebuah parti Islam yang benar-benar Islam. Bukan partai Islam 'palsu' dan dipimpin para penjenayah politik, yang bertindak-tanduk hampir tidak ada bezanya dengan parti sekular, yang menghalalkan segala cara untuk mendapatkan kekuasaan dan berkomplot dengan penguasa sekular.

Meskipun, akhirnya FIS dibubarkan oleh kuasa tentera Algeria, tapi itu jauh lebih terhormat daripada menjadi pak turut kepada kekuasaan sekular.(sa/berbagaisumber www.eramuslim.com)

HYD
Read more on this article...

Friday, October 30, 2009

Untuk Mu Kader Dakwah

Musim sejuk kian menjelma. Baju sejuk sudah mulai dibasuh. Bimbang sejuk membalut tubuh. Tetapi bagaimana hati kita?

Sudahkah ia beku sebekunya. Ataupun sudah hilang dek kepanasan sahara yang mencairkan.

Ayuh kita bina rasa itu

Read more on this article...

Thursday, October 22, 2009

Majlis Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi




GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.





MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi
Read more on this article...

Thursday, October 15, 2009

Risalah Masalah HATI kita

Memang la satu Malaysia, mana ada dua ke tiga Malaysia, sapa punya IDEA ni?


Salam syawal... saya kira belum terlambat lagilah nak ucapkan selamat hari Raya Aidil Fitri... memandangkan kita masih di dalam syawal, 27 syawal1430. Subhanallah. Masa itu terlalu pantas hingga manusia tidak sedar pun yang mereka sedang meniti saat-saat waktu kematian yang semakin hampir. MasyaAllah.


Bersawang kembali blog HYD ni, jadi ini peluang untuk saya ambil part ini. al maklumlah, DR-DR ni sebok... Cikgu-Cikgi tak sebok, tapi menyebok. Mungkin dari aspek pemikiran saya boleh kongsi dengan pembaca blog HYD, walaupun tak adalah sehebat mereka-mereka itu, tapi mungkin ada bait-bait kata saya ini yang boleh dibincangkan dan direnungkan bersama.


Masalah hati

"Wahai Tuhan yang berkuasa membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hati kami atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya kami adalah dari orang-orang yang menzalim diri sendiri."


Manusia memang fitrah punyai masalah hati yang hebat. HYD mungkin jarang post entry bab masalah hati ni, jadi saya cuba perdengarkan tentang hikayat hati. Hati yang terumbang-ambing antara kebaikan dan kejahatan atau dengan kata lain antara malaikat dan syaitan adalah hati yang sering ragu disebabkan kadang-kadang timbul daya tarik kepada kejahatan, tetapi pada waktu yang sama datang pula daya tarik kepada kebaikan. Semua itu adalah atas kehendak Allah s.w.t jua sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran:


"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu (ugama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf."

(al-An'aam: 125-126)


Benar hati itu milik Allah, bukan milik siapa-siapa, tapi Allah beri kita pinjam sebuah hati yang penuh dengan segala rasa, hebatkan? Itupun kita tak mampu nak jaga. Selalu cemarkannya dengan perkara-perkara lagha’, lalai, leka, taksub keduniaan, lebih hebat lagi dengan penguasaan sebuah penyakit melanda manusia akhir zaman, penyakit WAHN. Ramai yang tahu saya rasa, tapi tak pernah nak kisah dengan hal itu. Kena kisah, kalau tak sekarang ni bila lagi? Nak tunggu nazak ke? Erm, Bagus!


Tompokan hitam dalam Jemaah


"Orang-orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana mengingat Tuhan. Ingatlah, bahwa dengan mengingat Tuhan itu, hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, mereka memperoleh untung baik dan tempat kembali yang utama."
(Ar-Ra'ad: 28-29)


Merenung kepada ayat surah ar-Ra'ad di atas ini yang menyentuh bab hati yang penuh dengan taqwa, suci dari akhlak-akhlak yang tidak baik, maka hati yang begini bersinar pada akal dalam berfikir pada yang baik-baik dan menyebabkan pula terbuka sinar mentari, sehingga hati selalu melihat segala sesuatu yang baik-baik dan diredhoi Allah. Bila mana hati telah suci dari segala penyakitnya, maka dekatlah hati kepada Allah, dengan mensyukuri nikmat-nikmatNya. Sabar dan takut kepadaNya serta mengharapkan kasih sayangNya, rindu dan bertawakkal kepadaNya dan lain-lain sebagainya. Pada waktu itu barulah hati kita tenteram, tenang dan tidak kacau-bilaukan atau digelisahkan oleh persoalan-persoalan duniawi.

Usah kita lihat pada manusia lain, lihat sendiri dalam jemaah islam itu. Semuanya memang tak dapat nak lari dari masalah hati. Allah kurniakan rasa itu fitrah, kita mampu merasa sedih, gumbira, marah, dendam, kecewa, takjub dan sebagainya. Syukur Alhamdulillah masih dikurniakan rasa, tapi kalau nak jalankan kerja jemaah pun ada masalah dengan ikhtilat, bagaimana nak tegakkan Islam, usah kata islam di dunia, islam kat kampus pun jangan mimpi la dapat tegakkan! Belajar jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita. Tapi bukan hak kita pun sebenarnya, semua yang kita punya itu adalah hak Allah, Jangan perasan!


Tak Berani Infak


Lagi satu masalah yang membelenggu kemajuan Islam adalah masalah hati yang sayang kepada yang bukan hak. Nauzubillah. Saya bicara atas dasar jiwa kedewasaan bukan jiwa budak-budak hingusan yang dhoif. Kasihan kalau bakal ibu, bakal BAPA, suami isteri ISLAM hari ini masih bongok bab status ISLAM yang diperkotak katik hari ini. Kasihan juga kepada jiwa yang masih berada dalam tahap selesa dengan dunia Islam hari ini. Tak usah sembang bab perjuangan Islam la… kalau diri tu tak berani nak menginfak. Infak dalam erti kata untuk jalan dakwah. Saya kira harta yang berharga untuk diinfakkan kepada jalan dakwah ini adalah DIRI antum. Diri kita ni…. Itu baru nama perjuangan! Tapi kita ni, masih sayang dengan semua benda tu, sayang kepada mak, sayang kepada ayah, sayang suami, sayang isteri, sayang anak-anak, sayang harta benda. Wajarlah kita sayang, tapi jika ISLAM mahukan semua itu dari saya, dengan rela, silakan ambil. Cukuplah Allah bagi kita. Bukan saya saja, antum juga. Perjuangan menegakkan Islam itu sememangnya jalan terpahit, tapi semua itu adalah kerana kemanisan sebuah syurga abadi. Nah, itu balasannya Allah bagi. Nak ke tidak? PK sendiri.


Undur Dulu


Allah jua yang menilai hati kita, setiap orang dari kita adalah guru, tetapi Allah memilih manusia tertentu sebagai murabbi yang terpilih demi ISLAM. Semuga kita sentiasa menjadi INSAN TERPILIH, bukan pilihan KPM, bukan juga pilihan calon mertua, tapi pilihan ALLAH.


‘bergerak demi DAKWAH’


Wallahualam

Wslm

UQ

Read more on this article...

Sunday, September 6, 2009

Rentetan Kebaikan Untuk Sebuah Perjuangan


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, saya terpanggil untuk membantu HYD untuk meneruskan penulisannya yang tersekat dek kerana sedang menghadapi peperiksaannya. Sama-sama kita mendoakan kejayaan HYD dalam peperiksaannya, juga mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.

'kalau ada apa-apa post yang nak dikongsi, silalah postkan yer, saya tak sempat sekarang ni sebuk....' kata HYD pada saya suatu petang. Jadi saya teruskan kepada isi pokok entry saya ini.

Kepada yang sedia tahu atau sedia tak tahu, sebenarnya Islam sendiri telah pun meletakkan kepentingan jemaah sebagai antara yang perkara yang wajar diberi keutamaan oleh para penganutnya. Kepentingan menyertai jemaah ini dilakarkan melalui hadis Nabi s.a.w:

Dari Umar Al-Khattab r.a,bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda,

”Barangsiapa di antara kamu yang menginginkan syurga,hendaklah dia melazimkan diri (menyertai) jemaah,kerana syaitan selalunya suka dengan orang perseorangan,dan selalu menjauhkan diri dari kumpulan orang berdua ke atas”

Terdapat sekurang-kurangnya 4 versi hadis ini yang mempunyai lafaz berbeza tetapi maknanya tetap sama.

Firman Allah:

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ


Dan hendaklah ada di antara kamu satu kumpulan yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya.

(Ali-Imran : 104)

Akhirnya,akan timbullah persoalan. Apakah yang dimaksudkan dengan jemaah? Dan apakah jenis jemaah yang wajar disertai oleh umat Islam dan yang haram disertai? Maklumlah dalam dunia yang serba luas ini, pelbagai jenis jemaah telah wujud dan mempunyai motif tersendiri. Jadi sudah tentu satu panduan atau guide line perlu diketahui umat Islam agar mereka tidak tersasar dari garisan syariat Islam lantaran tersilap memilih jemaah.

Jemaah adalah perkumpulan atau golongan. Berasal dari kata akar (masdar) ‘jamak’ yang bermakna ramai. Dalam menilai jemaah yang ingin disertai, Sheikh Mustafa Mashyur, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin telah mengeluarkan 20 ciri jemaah Islam yang sepatutnya disertai. Saya senaraikan seperti di bawah:

1- Menggunakan Al Quran dan Sunnah sebagai sumber rujukan, dan menjaga jemaah agar ia tidak tunduk melutut dibawah kehendak orang tertentu, kerajaan ataupun apa sahaja, sekiranya ia memberi kesan buruk kepada kepada gerakan dakwah.

2- Jemaah ditubuhkan kerana Allah,demi keredhaannya bukan mencari kemasyhuran dan keduniaan.Jemaah juga mesti menjauhi kegiatan assabiyyah (perkauman) atau nasionalisme kerana faktor ini adalah punca kegagalan jemaah untuk berkembang dan berjaya. Contoh, jemaah Melayu yang ditubuhkan untuk menolong Melayu semata-mata, dan meminggirkan kaum lain.

3- Tujuan jemaah atau pertubuhan yang dibina adalah demi menegakkan Islam dan mendirikan daulah Islamiyyah.Caranya adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan syariat. Jemaah juga mesti bersifat universal, tidak terkongkong pada sesetengah bidang sahaja seperti politik, ekonomi ataupun ibadat.

4-Kefahaman jemaah ini terhadap Islam hendaklah menyeluruh dan pendekatan dakwah yang digunakan juga adalah bersifat menyeluruh (syamil). Kefahaman Islam, cara dan mesej dakwah yang dibawa mesti bertepatan dengan Quran dan Sunnah Rasulullah (saw), dan bersih dari sebarang kesamaran, penyelewengan dan perbezaan pendapat yang boleh memecah-belahkan orang-orang Islam.

5- Jemaah ini mestilah bersifat universal dan tidak terhad pada batas-batas negeri dan suku bangsa, kerana dakwah Islam adalah ditujukan kepada sekelian alam. Jemaah ini juga menekankan bahawa orang-orang Islam semuanya adalah umat yang satu (wahdatul ummah) dan sentiasa bergerak kearah kesatuan ummah. Dengan sifat alamiyyahnya, jemaah ini berjuang untuk menegakkan Negara Islam Alamiyyah dengan menggunakan Kaedah Sulbah, bukan Negara Islam Geografi sahaja.

6-Jemaah ini mestilah mengikut kaedah perjuangan yang digunakan oleh Rasulullah saw ketika baginda mendirikan Negara Islam. Kaedah yang digunakan oleh Rasulullah (saw) adalah berperingkat (marhalah),beransur-ansur (tadarruj), kejelasan risalah dakwah, kemampuan ahli, melaksanakan hikmah dan kewaspadaan dalam setiap langkah, serta mengambil kira faktor persekitaran (waqi'). Baginda mementingkan perkara-perkara seperti kemantapan aqidah, iman dan ibadah,mengutamakan kekuatan persaudaraan dan penyatuan umat Islam, mengambil kira prinsip jihad dan ketenteraan, tarbiyyah, dan lain-lain lagi. Jemaah ini mesti menekankan Kaedah Sulbah yakni, membina individu Islam, keluarga Islam, masyarakat Islam, negara Islam dan baharulah Dunia Islam. Perlu ditegaskan bahawa penggunaan kekuatan senjata sebelum aqidah, tarbiyyah dan penyatuan umat Islam akan membawa kepada perpecahan umat Islam dan kemudharatan yang besar. Sesungguhnya, pembinaan yang membesar secara tabii (Kaedah Sulbah) itu bermula dari dasar (individu) dan bukan dari puncak (negara).

7-Jemaah ini hendaklah menjaga amalannya dari mencari propaganda dan menunjuk-nunjuk, kerana ini boleh menghilangkan sifat keikhlasan dan ganjaran pahala. Setiap anggota jemaah itu hendaklah mengutamakan dirinya untuk terus berdakwah dan bekerja untuk Islam dan menghindarkan dirinya dari sebarang sifat tercela (mazmumah), perdebatan, prasangka, menabur fitnah dan 'tajassus' dan apa sahaja yang boleh menimbulkan perselisihan dan kurang daya produktif dalam berdakwah. Firman Allah swt,

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum itu merendah-rendahkan kaum lain kerana mungkin kaum lain itu adalah lebih baik... jauhilah prasangka... janganlah kamu mencari-cari kesalahan atau mengunjing orang lain; sukakah kamu memakan daging saudaramu yang telah mati? Hai manusia, Allah telah mencipta kamu lelaki dan perempuan, bangsa-bangsa, suku-suku supaya kamu saling berbaik. Sesungguhnya, orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu"

(Surah Hujurat:11-13)

8- Jemaah ini bekerja mengikut perancangan yang sempurna dan realistik. Segala tindakan yang diambil bukan lah secara spontan ataupun hanya reaksi yang tidak dikaji terlebih dahulu kerana ini boleh mengakibatkan risiko atau natijah yang buruk. Membangunkan individu, keluarga, dan masyarakat dalam semua lapisan umat Islam dilakukan atas dasar taqwa sebagai persediaan sebelum mendirikan Negara Islam.

9- Jemaah ini mengambil berat tentang semua aspek pendidikan dan pekerjaan yang dikehendaki, yakni aspek rohani, jasmani, mental, dan ilmu. Dari segi politik, jemaah ini hendaklah melahirkan suara Islam dengan jalan kesedaran politik, dan tidak semestinya dengan cara berparti dan jauh sekali dari mengamalkan putar-belit ataupun kemelut parti sekular. Dari segi komunikasi, jemaah ini mementingkan peranan sebaran am, akhbar, penulisan serta apa jua cara yang dapat menyebarkan kan dakwah serta menolak kekeliruan yang boleh timbul dari fitnah musuh atau sesiapa sahaja.

10- Jemaah tidak sekali-kali meninggi diri serta sentiasa membuat perbandingan dengan jemaah-jemaah Islam yang lain dan tidak menganggap jemaahnya sahaja yang sempurna dan benar, sementara jemaah lain adalah sesat. Jangan memperkecil-kecilkan usaha jemaah-jemaah lain atau melihat jemaah lain sebagai saingan atau lawan, tetapi sebaliknya carilah ruang-ruang untuk bekerja sama. Hendaklah dia sentiasa berusaha kearah penyatuan (wahdatul ummah) dengan jemaah-jemaah lain dan sentiasa bersabar, berlapang dada dan menerima segala kritikan dengan baik. Dengan izin Allah swt, kita semua mengharapkan akan tiba masanya, hilanglah semua nama-nama, gelaran dan perbezaan teknikal antara semua jemaah yang ada sekarang dan akan digantikan dengan satu Jemaah Muslimun.

11-Jemaah ini hendaklah bercampur-gaul dengan semua orang dari segenap lapisan tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa ataupun pangkat, demi mematuhi konsep alamiyyah yang disarankan. Mereka adalah ladang dakwah dan tapak semaian yang perlu disediakan terlebih dahulu sebelum mendirikan Negara Islam.

12- Jemaah ini mempunyai peraturan yang kemas serta organisasi (tanzim) yang tersusun, yang menentukan tujuan kerja dan cara-cara berdakwah. Anggota jemaah adalah terdiri daripada mereka yang telah dididik (tarbiyyah) sepenuhnya, membentuk barisan-barisan yang terpilih dan berkeperibadian Islam, dan tidak dicampuri anasir-anasir yang tidak sihat, demi menjamin penerusan serta mesej dakwah yang dibawanya.

13-Konsep syura hendaklah diamalkan dalam setiap peringkat dan menggalakkan ahlinya supaya terus berbincang dan mengeluarkan pendapat serta kritikan yang membina kepada orang-orang yang memegang tanggungjawab tertentu atau pimpinan. (muhasabah) Konsep ketaatan dan kepatuhan dalam perkara yang bukan maksiat sentiasa ditekankan.

14-Jemaah ini sentiasa bersifat sederhana dan tidak melampau, samada dalam aspek pemikiran seperti isu kafir-mangkafir dan isu perbezaan jemaah-jemaah Islam; atau dalam aspek gerakan seperti menggunakan kekerasan dalam tindakan, mengeluarkan kecaman-kecaman, dan fitnah dengan sewenang-wenangnya, yang mana boleh membuatkan orang Islam lari ataupun benci kepada Islam. Segala tindakan yang diambil hendaklah berteraskan kasih sayang (mahabbah), waqii (persekitaran) semasa,tawazun (keseimbangan), hazar (waspada) dan tasawwur (prospek) amal yang jelas. Dari segi aqidah dan ibadah, jemaah ini tidak bertolak-ansur sedikitpun..

15-Sentiasa memeriksa tanggungjawab serta mengikuti isu-isu semasa yang dihadapi oleh umat Islam seluruh dunia dan sama-sama member sumbangan sekadar mampu. Sentiasa menyeru orang-orang Islam agar sama-sama memberi sumbangan bagi tujuan menghidupkan semangat perpaduan serta sama-sama merasa tanggungjawab terhadap apa yang berlaku pada umat Islam keseluruhannya.

16-Jemaah ini sentiasa berwaspada dengan tipu-helah musuh Islam,sentiasa bersabar, tetap bekerja, berkorban dan banyak bermunajat kepada Allah apabila menanggung penderitaan dan kecaman semasa berdakwah.

17- Jemaah ini sentiasa menekankan kepentingan dakwah dan penegakan Negara Islam Alamiyyah kepada anggotanya. Kegiatan dakwah yang dilakukan adalah sebagai saham yang berharga kepada generasi akan datang. Ganjaran daripada Allah akan datang kepada mereka yang beriman dan bersabar, didunia ini dan juga diakhirat sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Hadid: 28:

"Hai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada RasulNya, nescaya Allah akan memberi rahmatNya kepada kamu dua bahagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan, dan Allah akan mengampunimu".

18-Jemaah ini sentiasa memikirkan langkah-langkah masa depan serta bergerak (muharriq) untuk menyediakan kemahiran dalam berbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, perundangan, dakwah, kesihatan, ketenteraan, sosial dan lain-lain lagi.

19- Jemaah ini hendaklah mengambil kesempatan dalam setiap penerokaan baru samada dalam bidang pemikiran, pengalaman-pengalaman dakwah,ataupun kajian sains selagi ia tidak menyalahi prinsip Islam.

20)-Jemaah ini terus beribadat kepada Allah dengan tidak mempersekutukanNya dengan apa sekalipun. Dan ingatlah,sesiapa yang kufur atau engkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka".

Seperti kata-kata Saidina Ali (r.a):

"Janganlah kamu kenali sesuatu kebenaran itu kerana orangnya, sebaliknya kenalilah kebenaran tersebut dahulu, nanti kamu akan kenali orangnya".
Samalah dengan jemaah, kenalilah dan fahami terlebih dahulu cirri-ciri jemaah sebelum menyertai jemaah tersebut.

Dr. Yusuf Al-Qardawi pernah meyebut dalam kitabnya, Wajibu syabab' islami, terdapat 4 kewajiban remaja islam iaitu:

1-Berilmu
2-Beramal
3-Berjemaah
4-Melaksanakan.

Antara kepentingan menyertai jemaah adalah penambahan ilmu dan sentiasa dapat melakukan perbincangan dengan mereka yang lebih arif. Dengan itu, kekeliruan terhadap sesuatu perkara dapat dihindarkan dan seseorang itu akan dapat membetulkan kembali jalannya, fikrahnya andai ia tersasar.

Bagi mereka yang enggan menyertai jemaah, Rasulullah menyebutkan melalui 2 hadis baginda:

"Tangan (atau pertolongan) Allah itu bersama jemaah. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpisah (dari kumpulannya)".
Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a katanya:

"Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan. Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu. Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu ? . Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu ? . Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu ? . Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka . Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin ? . Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian"

Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat membantu kita umat Islam dalam menilai dan memilih jemaah yang ingin disertai. Maka dengan itu Islam akan kembali gemilang insyaAllah. (untuk lebih mendalam bacalah buku-buku jemaah)

Memandu Kemajuan Ummah

UmmuQaseh

Wallahu'alam

wslm
Read more on this article...

Saturday, June 20, 2009

Jangan Di Buang Ulama Kerana Buku Mu

Buang Ulama Kerana Buku?

Alhamdulilah, masih diberi kesempatan untuk menulis. Post kali ini adalah tazkirah. Mungkin juga roket atau peluru yang ditembak kepada semua terutama diri saya sendiri yang masih ‘liat’ untuk berguru dan menuntut ilmu agama.

Serius, sangat liat dan malas.

Madrasah Imam Nawawi bermula setiap pagi, jika dulu, selepas subuh madrasah dah bermula. Waktu paling seronok dan paling berat untuk meninggalkan saratoga tercinta lebih-lebih lagi di musim sejuk.

Alah, aku baca sendiri la buku-buku tu nanti, tak payah susah-susah nak berguru, sama sahaja kan?”

Sama sahaja, kita baca buku pun faham, kalau tak faham baru kita cari ustaz”.

Kadang-kadang orang yang tak pergi talaqi lebih faham dari yang pergi talaqi!”

Dialog sensasi, mungkin dialog nak senangkan hati ataupun motivasi kepada diri supaya rasa berdosa berkurang. Semoga Allah melindungi kita daripada bersangka buruk kepada sesiapa.

Saya mohon, renungilah hadis di bawah ini sebaik mungkin

“ Daripada Abdullah Bin Amru Bin Al-‘As ; ia berkata: Saya ada mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu pengetahuan itu dengan mencabutnya daripada dada para hamba, tetapi Allah mencabut ilmu itu dengan mematikan ulama. Sehingga pada ketika itu, tidak ada lagi orang alim (ulama), waktu itu manusia itu akan melantik (mengambil) para pemimpin yang jahil-jahil, ketika mereka ditanya (minta fatwa), mereka menjawab (memberi fatwa) tanpa ilmu. Mereka itu adalah orang yang sesat lagi menyesatkan orang lain.
(Riwayat Al-Bukhari Dan Muslim)

Sebab Wurud

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Dan Al-Tabarani daripada Abu ‘Umamah katanya: Setelah selesai haji Wida’ (haji perpisahan), Nabi bersabda: Ambilah atau pelajarilah ilmu sebelum ia diangkat. Seorang arab badwi bertanya kepada baginda: Bagaimana caranya ilmu itu diangkat? Baginda bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya akan lenyapnya ilmu itu atau hilangnya dalam tiga keadaan.

Dalam riwayat lain daripada Abu ‘Umamah juga. Arab badwi bertanya kepada baginda: Bagaimanakah caranya ilmu itu terangkat, sedangkan di tengah-tengah kalangan kita ini ada Al-Quran, dan kita mempelajarinya dan mengetahuinya serta kita ajarkannya pula kepada anak-anak dan isteri kita, seterusnya para hamba kita.

Rasulullah s.a.w mengangkat kepalanya dan mengarahkannya kepada lelaki Badwi yang bertanya tersebut dengan nada marah dan bersabda: Inilah sifat dan perkara yang telah berlaku kepada orang Yahudi dan Nasrani, iaitu di kalangan mereka ada mashaf atau buku (kitab), tetapi mereka tidak mempelajarinya, ketika para nabi datang kepada mereka.

Kenapa Kita Di Mesir

Persoalannya di sini, apa bezanya kita berada di Mesir berbanding di negara-negara lain? Beza cuaca kah? Kerana tiada salji, debunya banyak, himar banyak, ramai arab penipu atau ramai minah arab yang sangat seksi.

Beza terbesar kita ialah, di Mesir kita ada Universiti Al-Azhar, satu khazanah Islam yang sangat berharga. Di sekitar kita di penuhi ramai alim ulama. Setiap hari kita bergelumang dengan mereka. Maka kenapa kita tidak mahu mendapat manfaat daripada mereka?

“Insyallah, cita-cita aku, nak jadi mujtahid!” kata seorang sahabat di sini.

Jarang budak medik punyai cita-cita setinggi ini. Saya kagum, kerana dicelah-celah kegersangan ilmu rupanya masih ada manusia yang bercita-cita memburu ilmu agama setinggi itu.

Kita bagaimana pula?

Cuti untuk semua pelajar kian menjelma, Madrasah-madrasah ilmu pun juga akan bermula. Maka jangan di lepaskan peluang ini. Jangan ditinggalkan ulama kerana buku dan pdf selagi mereka masih bernyawa. Hirup sebaik mungkin hadis yang dipetik di atas tadi.

Nabi dah bagi pesanan yang jelas, gunalah akal.

Iklan Madrasah Imam Nawawi

Rujukan: Muslim, Kitab: Al-'Ilm. Al-Bukhori, Kitab Al-'Ilm
Ibn Hamzah al-Husayniy, al Bayan wa al-ta'rif
Read more on this article...

Tuesday, June 9, 2009

Doktrin Palsu

Sepatutnya Abuya yang menjadi Perdana Menteri, tetapi Mahathir telah menipu dan menyerahkannya pada Pak Lah, dan ideal Islam Hadhari kini, adalah ideal Abuya.”

Ulas seorang junior perempuan dalam satu pertemuan umum ketika di Kolej dahulu. Mungkin sahabat dan sahabiah saya di luar sana masih ingat adegan dialog di atas. Kisah adik Rufaqa’ (Rufaqa’ adalah wajah baru kumpulan Al-Arqom) berkongsi fikrahnya. Semua terkejut pada masa itu, tetapi masing-masing menyimpan wajah terkejut dalam kelipan mata.

Saya tidak terkejut jika kader-kader Al-Arqom mendewakan abuya nya yakni Ashari. Tetapi saya lebih terkejut tentang doktrin palsu melampau, yang telah di tanam dalam minda kader-kader baru mereka. Saya melihat kejujuran pada perkongsiannya dan pada masa yang sama ia telah menampakkan acuan doktrin tersebut cukup melekat dalam pemikiran.


Kisah doktrin palsu bukan sahaja di amalkan oleh kumpulan-kumpulan ajaran sesat, bahkan turut di amal oleh sesetengah puak-puak yang mengaku jemaah Islam. Doktrin sebegini adalah hujah magis yang diharap menjadi gula-gula yang melekakan pengikut baru yang masih pucuk dalam kumpulan mereka..

Abang percaya tentang mimpi bertemu Rasulullah?” sampuk si gadis pada saya. Kami semua terpinga-pinga untuk menjawab ya, tetapi kenapa soalan itu yang ditanya.

Abuya pernah bermimpi bertemu Rasulullah, dan abuya juga diiktiraf sebagai pemuda bani Tamim (imam mahdi) di akhir zaman ini

Wah, dahsyat! Setakat itu dulu.

Cerita dogeng yang di naik tarafkan

Masalah doktrin palsu cukup ketara bila berhadapan dengan hujah. Ia banyak diguna ketika gagal mendepani hujah yang memerlukan kebenaran jawapan. Saya pernah menyelidiki beberapa blog yang ditulis oleh saudara-saudara kita yang belajar di Mesir dan UK. Usahanya untuk menjelaskan tentang kebenaran jemaahnya menyelitkan kisah-kisah palsu terang-terangan.

Shaari Sungip (bekas presiden JIM ) telah dihantar oleh JIM untuk masuk ke dalam PAS
Fadzil Nor, dihantar oleh ABIM untuk masuk ke dalam PAS” “Tok Guru Haji Hadi, di tarbiah oleh ABIM dan dihantar untuk bekerja dalam PAS”

Ayat-ayat di atas mungkin cukup memukau bagi mereka yang tahu serba sedikit sirah tokoh-tokoh di atas,dan akan ada yang terus beriman dengan hujah di atas. Tetapi hakikatnya, penulis telah mencampakkan dirinya dalam satu lingkungan doktrin palsu yang berantai. Pengikut baru akan di pusakakan dengan cerita ini dan seterusnya. Alangkah aibnya, andainya penulis itu tahu, bahawa ADA yang sedar dia sedang berbohong kering di tengah hari.


Demam Sang Murabi

Kami di tarbiah terus oleh Ikhwan Muslimin!” kata seorang pelajar di Kaherah.

Saya mengaru-garu kepala lagi Masa kini, kita berhadapan individu dan kumpulan yang terdesak mencuri nama-nama besar dalam berdakwah, nama Rasulullah dan Islam bukan lagi pilihan utamanya. Ini bukti, kegagalan dalam menampilkan ketulenan sebenar dalam kewujudan mereka. Jika tujuan kisah dogeng ini direka sebagai tanda usaha menyatakan kita satu barisan saf perjuangan yang sama, dan tidak perlu saling meragui dan saling prejudis di antara satu sama lain maka bukan ini caranya.

Kalau ini trademark dalam menyeru manusia menggabungkan diri dalam sebuah jemaah Islam. Sudah pastinya persatuan PERUBATAN dan PMRAM atau NADI UMNO akan ketinggalan!

Mungkin selepas ini, Pengerusi PCM terpaksa berbohong di atas darat, mengeluarkan kenyataan rasmi kepada semua ahli, bahawa PCM adalah sayap kiri pemuda Ikhwan Muslimin Malaysia di Mesir, ataupun Presiden Perubatan terpaksa membuat pengakuan bahawa beliau telah di tarbiah Partai Keadilan Sejahtera (PKS), ataupun mengaku menjadi anak angkat ustaz Rahmat Abdullah.

Akhir

Post kali ini, saya sengaja tidak menjawab persoalan dari beberapa komen yang meminta penjelasan tentang jemaah Islam sebenar, molek kiranya, saya membersihkan dulu minda-minda pembaca dan diri saya sendiri dari penyakit doktrin palsu. Sebelum kita bercakap lebih panjang tentang ciri-ciri jemaah. Apalah erti perbincangan, kalau otak masih di penuhi sampah sarap yang terbina dari penipuan.

“Wahai pemuda, seandainya kamu meyakini fikrah kami dan kamu mengikuti jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan Islam yang murni ini, kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu wakafkan segala tenaga dan usaha kamu untuk akidah yang kamu yakini ini, maka semua itu mendatangkan kebaikan untuk kamu, di dunia dan akhirat”.
(Hasan Al-Banna, Ikhwan Muslimin)

Mungkin di sini saya syorkan, para pembaca mencari kitab yang ditulis ustaz Mustafa Masyhur yang telah di terjemah dalam bahasa Melayu yang bertajuk ‘Jalan Dakwah Antara Keaslian Dan Penyelewengan’. Saya butuhkan masa yang tenang untuk menulis panjang lagi.

Tatkala menjelangnya Qiamat, (berlakulah beberapa perkara iaitu), orang memberi salam hanya kepada golongan tertentu atau kerana ada kepentingan tertentu sahaja, berleluasanya perniagaan hingga isteri (terpaksa) menolong suaminya dalam perniagaan itu, gejala memutuskan silaturahmi, kesaksian yang palsu dan penyembunyian kesaksian yang benar, serta tersebar luasnya pena (bahan bacaan)”
(hadis Riwayat Ahmad)

Dakwah itu Garam Bukan Lipstiks

Wslm

Read more on this article...

Wednesday, June 3, 2009

Kebaikan untuk sebuah perjuangan

"Jika dia mempunyai kebaikan untuk perjuangan ini, maka Allah akan satu kan dia bersama kita"

Memetik kata-kata dari seorang tokoh islam,buku tulisan tokoh ini pernah di hadiahkan oleh seseorang kepada saya. Masih saya ingat, ketika diberi buku itu, saya kehairanan, kenapa ia di balut dengan kertas surat khabar.

"Jaga elok-elok buku ini, buku 'panas' ". pesan beliau.

Saya menjadi cuak bila menerimanya. Serius sekali, sampai dibalut dengan kertas surat khabar. 2 kali saya baca buku itu, 2 kali khatam, 2 kali itu juga saya pening. Saya tak faham!

Buku apa ini? disebutnya tentang tanzim, syura, tanfizat, perencanaan, penyusunan. Apa semua ini?

Masa itu saya teringat kata-kata guru matematik saya yang berbangsa cina. Dia pernah menegur saya, kenapa selalu salah menjawab soalan-soalan darinya.

"Matematik saya perlukan kefahaman, kalau saya gagal faham, saya takkan yakin dengan hafalan dan latihan saya", jawab saya.


Apa kata guru saya

"Kamu mahu tahu, saya dulu seperti kamu, saya tak faham kenapa formula-formula ini begini, tetapi setelah 20 tahun saya hafal semua ini, dan akhirnya, baru tahun ini saya faham, kenapa formula ini begini. Maka sekarang, kamu jangan susah hati kalau tidak faham, kerana otak manusia ada tahap, mungkin otak kamu belum sampai pada tahap untuk memahami lagi, maka hafal sahaja dahulu".

Memahami satu perkara berterusan.

Itu cerita matematik, tetapi bagaimana perjuangan islam dengan perjalanan panjang yang tidak tahu kesudahannya, perjuangan yang tidak ada titik rehat. Maka ia tetap rumit, rumit kalau tidak berusaha memahami dan meneliti.

Apa yang kita baca hari kelmarin, belum tentu kita dapat fahami serta merta, mungkin ia perlu kan masa untuk diri kita. Samada masa yang diperlukan itu berbentuk pengalaman hidup ataupun penerangan dari yang lebih arif. Jadi disini, kita perlukan 2 perkara yang sangat penting dalam memahami dan menelusuri perjuangan Islam itu sendiri.

"Ulama dan ilmu"
"Pengalaman"

Kamu siapa?

"Abang orang HT kan? (hizbultahrir) tanya seorang junior. Saya terpingga-pingga, apa persoalan adik ini. Ada fenomena bagi yang biasa dengan buku-buku haraki dan fikrah Islam. Mereka lebih lancar menyebut isi dan jalur kisah dari buku-buku yang dibaca tetapi malangnya mereka kekeringan kefahaman.

"kenapa?"

Kerana ketiadaan pengalaman dan kebersamaan bersama ulama. Maka fenomena yang lebih aneh akan lahir dari orang yang gagal mencapai akar kefahaman. Mereka hanya nampak daun yang hijau di puncak, tetapi gagal melihat akar yang melahirkan batang dan dahan yang kuat itu.

Maka hari ini ramai yang seronok membina jemaah. Di Mansurah,tibanya saya di Mesir pada 2006 saya sudah mendengar tentang kumpulan jemaah Alami,masuk tahun 2007, ketika melangkah tahun kedua pengajian, saya mendengar kisah jemaah ISMA pula,pada tahun 2008 pula, saya mendengar kisah jemaah KONSIS dan HT pula. Mungkin 2010 akan lahir lagi kumpulan-kumpulan baru.

"Kalau semua nak tubuh jemaah, rumah kita buat jemaah jugalah, nama jemaah 'KOMSAS'! " kata Raja, ahli rumah saya.

"Wajib baca buku KOMSAS!" tambah dia.

Kami satu rumah tergelak dengan adegan luar biasa begini. Saya tahu, itu tanda luahan kekesalan dari mereka yang sedar tentang keadaan semasa.

Tetapi kenapa ada yang kesal?
Kalau dilakar graf pertambahan bilangan puak-puak islam, ia ibarat graf diatas, tetapi malangnya, perkara yang merosakkan turut berkadaran seperti itu. Graf perpecahan, permusuhan, assobiyah, dan bilangan yang tercicir dari jalan dakwah turut bertambah.

Wajar jika ada yang kesal, kalau heboh kisah puak baru.

Kisah joget lambak

Pernah gempar kisah joget lambak yang ditayangkan didepan para Azhari. Satu perkara yang sinis bagi saya, bagaimana tayangan live sebegini dihidangkan buat para ulama masa depan di bumi Mesir, bumi para Ulama Besar dan hebat. Tayangan gelek punggung dari penari wanita 2-3 minit cukup mengaibkan bagi saya.

Maka timbul persoalan, apa tindakan dari semua pihak?

Saya memuji tindakkan PMRAM, atas inisiatif pantas mereka. Saya puji kerana mereka tidak menunjukkan tanda-tanda larut dalam suasana. (Klik). Saya kecewa dengan sesetengah puak lain yang gagal menampilkan tindakkan sebenar. Hanya mahu menempelkan nama dengan label Islam dan jemaah Islam, tetapi gagal menampilkan sebuah tindakkan yang sepatutnya.

Pengalaman Kolej Dulu

Kejadian joget lambak adalah skrip sama semasa saya di Kolej dahulu. Kami berpeluh-peluh menahan program ini. Tetapi malangnya yang bertudung labuh dan ber'tarbiah' lah yang menjadi pengarah dan pengurus besar majlis tersebut. Mereka diberi arahan penuh dari HEP pada masa itu.

Saya hairan, apakah mereka tidak melihat, apakah isi dalam majlis tersebut? Mustahil tidak maklum kerana mereka adalah ajk dan pengarah. Saya pernah bertanya secara terus kepada ketua mereka, kenapa mahu teruskan majlis ini dengan persembahan sebegini. Kata mereka

"Kami tak boleh buat apa, dan kami tak berani nak tegur HEP"

Saya kaget, anda berani menggunakan nama Islam sebagai label manhaj dan polisi pentarbiyahan tetapi tidak dalam pelaksanaan. Saya sangat kecewa, jika ada yang mengatakkan ini tahalul. Tahalul tidak sampai mengandaikan prinsip utama dan dasar. Melainkan itu adalah pilihan tindakan yang berkepentingan dunia semata. Ataupun mereka masih gagal pada peringkat pemahaman sebenar tentang kerangka sebuah jemaah dan asas gerakan islam itu sendiri. Natijahnya, kerana kurang bilangan ulama dan ilmu, maka kepincangan itu ketara dan sangat merosakan pandangan masyarakat pada Islam sendiri.

Ada yang mengajak untuk berbincang tentang topik taadud jemaah, atau kes pertembungan pelbagai jemaah. Terlebih dulu saya katakan, topik itu hanya layak di jadikan tajuk kalau ia melibat jemaah Islam yang sebenar dan berdasar kuat. Kalau sekadar memakai label jemaah ia belum tentu jemaah atau gerakan Islam. Maka akhirnya, perbincangan sebegitu tak mendatangkan manfaat. Ibarat ayam bermesyuarat dengan itik.

"Kajilah kembali sejarah semua pertubuhan dan bangsa-bangsa, kamu akan dapati bahawa asas kejayaan, kebangkitan dan pembangunannya ialah dengan adanya manhaj yang tertentu dan adanya satu kumpulan manusia yang berusaha di dalam batas-batas manhaj itu."
Sheikh Mustafa Masyhur

Perlu Tahu, Perlu Mahu dan Perlu Mampu

Akhirkalam

Wslm

Read more on this article...

BlogLog

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO