Pages

Saturday, September 17, 2011

Kita tiup debu-debu ini

Assalamualaikum.

Saya kembali melihat, blog saya, berdebu sepi, tanpa tulisan. Saya terpanggil, malam ini, saya cuba berazam sekali lagi,untuk kembali menulis diblog peribadi. Seingat saya, post terakhir yang saya buat dengan jiwa yang tekun pada tahun lepas. Selepas itu, saya mula kurang memberi penumpuan kepada blog ini.

Bermula dari sibuk, bertukar menjadi liat untuk menulis diblog peribadi, walau seingat saya, kali terakhir saya menulis satu artikel di majalah persatuan ialah pada tahun lepas, tak lama selepas itu, saya bagai mengucap selamat tinggal kepada dunia penulisan.Seolah-olah, itulah artikel terakhir dari محمدزعيم عبد العزيز .

إن شاء الله , malam ni saya letak kembali jari ini di atas keyboard dengan semangat tekun dan istiqamah.

Doa-doakan ya Wahai Sahabat.