"Justice and Freedom" Party Involves 93 Christian and the Vice Chairman of the Party is a Coptic Thinker Rabu(18/5) Ikhwanul Muslimin mengatakan Parti rasmi Ikhwan yang baru dibentuk untuk bertanding dalam pilihanraya mendatang telah memilih seorang intelektual Kristian sebagai Naib Presiden parti dan menyebutkan ada 93 orang Kristian Koptik menjadi ahli anggota parti.Parti Kebebasan dan Keadilan ini juga memiliki 978 anggota perempuan,kata pimpinan tertinggi Ikhwan Dr. Saad al-Katatni di satu sidang akhbar.
"Jumlah anggota pendiri telah mencapai 8821, termasuk 978 perempuan dan 93 Koptik. pemikir Koptik Rafiq Habib telah dipilih sebagai Naib Presiden parti," kata Katatni.
Dia mengatakan Habib dipilih "bukan hanya kerana beliau adalah seorang Kristian tetapi kerana beliau adalah seorang intelektual besar dan hal itu menambah nilai bagi parti."
"Kehadiran Koptik di antara pendiri parti menunjukkan Ikhwanul Muslimin melakukan apa yang dikatakannya, maka hal itu akan dilakukan, dan saudara-saudara Koptik kami adalah rakan di tanah air ini," kata Katatni.
Katatni menggambarkan Parti Kebebasan dan Keadilan sebagai "gerakan sipil yang berdasarkan prinsip-prinsip Syariah.
Al-Katatni berkata: "Sesetengah pihak yang mengeluarkan kenyataan yang menakut-nakutkan tentang 'Kebangkitan Golongan Islam Dan Politik Mesir' adalah tidak berasas ." Beliau menambah lagi : "Rakyat mesir sememang mempunyai pelbagai agama, dan ketakutan yang dicipta terhadap kebangkitan Islam, hanyalah bertujuan untuk menyerang golongan Islam yang aktif di Mesir,".
p/s:- Pada yang istihar diri dia anak sedara ikhwan Muslimin, tapi benci sangat dengan PAS buat sepakat dengan PAKATAN RAKYAT, bermesra-mesra dengan DAP, bukak keahlian pada bukan Islam. Udoh-udoh la tu (bak kata Usop Kak Limah). Berhentilah dari mengkafir harbi kan orang non muslim dengan sesuka hati. Macam manalah Islam nak berkembang, kalau kita asyik duk berputar dengan isu 'buatan' bertajuk Melayu ini. Dan nak masuk 4 tahun usia Pakatan rakyat. Kelab himpunan PAS pun dah nak masuk 3 tahun. Bila lagi kita nak bukak mata. Berhentilah dari tabiat melanggar kapal-kapal gerakan Islam. Berhentilah dari tabiat membenci Ulama. Berhentilah dari menuduh orang bukan Islam tanpa asas.
Sumber: iikhwanweb
Ada Petikan Nostalgia tahun 2009,untuk siapa yang tak tahu,
KOTA BHARU, 1 Nov 2009: PAS tidak pernah mengadaikan prinsip perjuangan biar pun berkawan dengan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat, kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Ia berbeza jauh berbanding cara Umno berkawan dengan parti-parti bukan Melayu dalam gabungan Barisan Nasional (BN).
“Kita berkawan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi sama-sama menentang kezaliman yang berlaku dalam negara dan sama-sama berusaha menegakkan keadilan untuk rakyat,” kata Abdul Hadi.
“Sedangkan Umno berkawan dengan parti-parti bukan Melayu dalam komponen BN sehingga sanggup mengadaikan prinsip perjuangan asal mereka,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada ceramah sempena ulangtahun Pasti ke-25 di Dataran Warisan, perkarangan Stadium Sultan Mohammad ke-IV di sini, malam semalam.
0 comments:
Post a Comment