Ikhwan: Kami Tidak Menyokong Abdul Mun'im Abul Futuh Maju Jadi Calon Presiden Mesir
Tokoh terkemuka dari jamaah Ikhwanul Muslimin Mesir, Subhi Shalih mengatakan pada hari Isnin kelmarin (16/5) bahawa jamaahnya tidak akan mendukung Abdul Mun'im Abul Futuh untuk maju dalam pemilihan Presiden Mesir mendatang (anggota Dewan Syura jamaah Ikhwanul Muslimin Mesir ).
Abdul Mun'im Abul Futuh sendiri adalah anggota majlis syura dari jamaah Ikhwan, tetapi telah berbeza pandangan dengan beberapa tokoh syura Ikhwan lainnya akhir-akhir ini. Beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan ia tidak sepakat dengan Mursyidul Am Muhammad Badie yang melarang anggota Ikhwan dari bergabung dengan parti politik apapun selain parti yang dibentuk jamaah Ikhwan iaitu "Partai Keadilan dan Kebebasan."
Ia mengatakan ia menentang gagasan jamaah Ikhwan yang membentuk partai politik di tempat pertama. Mengecam pernyataan Abul Futtuh, salah seorang tokoh Ikhwanul Muslimin terkemuka Sobhi Saleh mengatakan bahawa Abul Futtuh akan "membayar harga untuk apa yang dia katakan," menuduh Futtuh berusaha menggagalkan prinsip-prinsip jamaah Ikhwan.
"Dia (Futuh) tidak mematuhi keputusan jamaah untuk tidak maju dalam pemilu mendatang," kata Shalih.
Abdul Mun'im Abul Futuh sebelumnya pernah mengatakan ia tidak akan bergabung dengan parti rasmi yang baru dibentuk oleh jamaah Ikhwan iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan.
Dalam sebuah kenyataanya, Futuh menegaskan: "Saya akan maju dalam pemilihan presiden mendatang sebagai calon bebas." (fq/almasryalyoum)
-p/s :- Kalau ahli majlis syura buat perangai, apa nak hairan kalau ada yang baru baca usul 20 nak buat perangai gak, kan?

9 comments:
assalamu'alaykum...sekarang isu banyak berbaur fitnah.takut sekali mengguggah...ana rasa ada benda yang boleh di dedahkan dan ada yang tak perlu.jzk
Wslm, sy tak publish cerita2 fitnah. Ni bukan kes dalam selimut. Ini kisah diketahui UMUM diseluruh Mesir. Dan memang disebut oleh pimpinan IM. Semua ni peringatan. Kata seorang pimpinan IM baru2 ni. Bila ditanya wartawan, tentang beberapa pimpinan IM keluar jemaah. apa beliau jawab, "Kalau seorang keluar, 100 orang masuk IM."
Perkara macam ni, bukan pertama kali berlaku dalam ikhwan. Dan ingatan pada semua, bahawa setiap INTIMA pasti ada IBTILA. Jemaah tidak kebal dari masalah. Supaya hilang mendabik dada.
mu mmg smart. baru aje aku nk tny mu apa kes dgn dr Abdul Mun'im. masa search kat google nama dia...keluar link blog mu. hik2
https://www.facebook.com/asef.dr.3bdelmon3em?sk=wall
Assalamualaikum..skdr berkongsi...bukankah setiap jemaah jugak ade masa kejatuhan...ade salah silapnya...sedangkan nabi pon pernah ditegur Allah,para ulama pernah buat kesilapan...mana2 pemimpin pon..xkira ikhwan mahupon mana2 parti...sume manusia...
seharusnya kite bersikap adil dan tidak terlalu obses dgn mana2 parti..
and bila saudara kate ikhwan ataupon ikhwang...bukan ke xpatut?dan xmanis bila bicara sesama muslim...siapa kite utk menilai...
sebab jamaah itu dalamnya ada manusia.masakan sentiasa khayr.cumanya kita yang berada di dalamnya yang membetulkan pada setiap langkah.pada tahap kita mungkin bermula dari diri sendiri.jzk
Anonymous:
Maaflah, komen anda memang tidak wajar dan celaru.
Pernah dengar perkataan Sang Murabi?atau Pernah dengar perkataan Sang Muraba?
Lebih kurang bunyinya. Tetapi berlainan maksud. Dan berlainan sifat.
Saya tulis tajuk Ikhwan atau Ikhwang.. supaya kita dapat gambaran. Walaupun lebih kurang sebutannya. Tapi bezanya huruf 'G'.
"Apakah erti sebuah KETULENAN!"
Allah sebut dalam surah Al-Qalam. "Apakah sama orang kafir dengan orang Muslim? Macam mana kamu buleh buat penilain macam ni?" ayat 35-36.
dan banyak sekali dalam Quran. Allah sebut perbandingan. Kenapa?
Supaya kita belajar untuk menilai, dan memilih. YANG SEPATUTNYA. Soal orang yang gagal dengan ujian dijadikan teladan.
Sila betulkan statement anda. Jangan ingat saya tiada kerja nak kutuk orang lain. Tak semestinya manis ubat pahit itu racun. Kalau pahit itu penawar, kita tiada pilihan. Kecuali menelannya.
So jangan cepat melatah kay?
Miftahul Jannah:
Alhamdulilah, kalau kita mengerti, binaan jemaah terdiri dari MANUSIA. Maka tak boleh lari dari kesilapan,kesalahan, kecacatan dan kekurangan.
Nah! ini lah yang menjadi satu ingatan pada kita. Kalau ada jemaah lain ada kecacatan dan kelemahan, jangan fikir jemaah kita akan kebal dari masalah.
Kalau kita menilai ahli jemaah lain teruk itu dan ini, ilmu kurang la, politik kuat la. Kita jangan lupa, jemaah kita juga ada manusia. Kalau tidak ada sekarang, pasti akan ada dihadapan nanti.
Hal ini lah yang disebut oleh Almarhum Ustaz Fathi Yakan Rahimatullah.
"Jemaah baru yang lahir dari jemaah yang pertama menyangka mereka dapat lari dari kekeliruan serta cabaran dari jemaah lalu, sebenarnya mereka telah dijangkiti oleh cabaran dan kekeliruan secara TOTAL. Sesungguhnya pertubuhan ini tidak terfikir bahawa Islam itulah yang menjadi asas tujuan dan objektif. Orang yang bekerja untuk Islam atas apapun nama mereka akan tetap berhadapan dengan apa yang berlaku di hadapan."
1000x like utk quote syeikh fathi yakan kat atas ni !
Post a Comment