Pasca era kebangkitan Islam Kedua, memberi impak yang besar kepada seluruh manusia. Manusia mula bercakap soal kebebasan, penindasan dan kezaliman. Ini adalah gelombang kebangkitan manusia, yang dicetuskan oleh gelombang kebangkitan Islam. Manusia Islam, mula membuka mata tentang kemenangan Islam, manusia mula sedar tentang dirinya.
"Manusia mahu menjadi manusia".
Belum cukup seminggu, Sarawak menjalani Pilihanraya negerinya. Maka media memperkatakan bermacam-macam isu, masyarakat mula bertutur pelbagai analisa dan final diagnosis. Fokus saya, pada PAS, walau tiada satu daerah yang mampu ditawannya, walau peperangan yang tidak memberi kemenangan kepadanya. Saya ingin lebih berbasis pada topik itu untuk dibahaskan.
Kekalahan Silap, Kemenangan Palsu.
Didalam satu hadis, riwayat Bukhari dan Muslim, ketika mana Rasulullah ditanya, siapakah orang yang berjuang dijalan Allah? Lalu baginda menjawabnya;
“Sesiapa yang berjuang untuk meninggikan kalimat Allah, ialah yang berjuang di jalan Allah.”
Bila berlaku, kekalahan diatas kertas keputusan. Muncul perasaan seperti ia satu kegagalan yang muktamad, begitu juga sebaliknya. Bila dikurnia kemenangan, terasa dunia ini semakin dipenuhi pejuang Islam. Tetapi persoalan disini
Untuk apa kemenangan itu?
Dan bagaimana kemenangan Islam yang dimaksudkan oleh Islam? Adakah dengan bertambah bila wakil rakyat Islam di Parlimen? Bertambah melayu di kerusi-kerusi Negeri? Orang Cina dan India semakin kecut perut dengan Melayu Islam? Atau melayu Islam sudah sepakat untuk bersepakat?
Persoalan ini dihuraikan dengan panjang lebar oleh Sayid Qutb dalam satu penulisannya yang bertajuk Hakikat Kemenangan Islam. Apa kata assyahid;
"Peperangan demi Islam dan kemenangan untuk Islam harus dilihat sebagai satu kejayaan yang menghasilkan, kebebasan berdakwah dan kebebasan beragama, juga keadilan mutlak untuk seluruh manusia. Kalau peperangan dan kemenangan itu tidak mewujudkan hasil seperti yang disebutkan sebentar tadi, samada untuk orang Islam itu sendiri dan juga penduduk negara yang telah dikalahkan oleh pasukan Islam, maka peperangan itu bukan peperangan Islam, dan kemenangannya bukan kemenangan Islam. Bertambah luasnya daerah Islam kerana peperangan tidak memberi erti. Perluasan daerah itu tidak pernah mempunyai nilai dalam perhitungan Islam. Yang menjadi nilaian adalah merealisasikan sistem yang adil secara sempurna yang berdasarkan hukum Islam yang timbul dari aqidah Islamiyah. Faktor inilah yang dapat menambat hati manusia kepada Islam. Inilah yang menjadi tujuan dari kemenangan Islam. Bukan perluasan daerah. Bukan harta rampasan atau rampasan perang, dan bukan pula mengalahkan negara lain dan bangsa lain.
Dalam buku “Da’wah Islam” yang ditulis Thomas Arnold disebut: Michel Old, Patriarch Jacobus dari Antioch menulis pada akhir abad ke-11, menyambut baik apa yang ditulis oleh teman-teman seagamanya, dan menyaksikan sendiri bantuan Tuhan dalam kemenangan-kemenangan Arab, bahkan setelah gereja-gereja Timur berada di bawah kekuasaan Islam selama lima abad. Setelah ia menceritakan secara panjang lebar penindasan-penindasan yang dilakukan Heraclius, ia menulis:
"Inilah sebabnya Tuhan Pembalas Dendam, yang memonopoli kekuatan dan kekuasaan, yang mengubah negara manusia sesuka hatinya, diberikannya kepada orang yang dikehendakinya dan diangkatnya orang yang hina, tatkala Ia melihat bagaimana kejahatan-kejahatan orang Romawi yang mempergunakan kekerasan. Mereka merampas gereja-gereja kita dan merompak biara-biara kita di seluruh daerah yang mereka kuasai. Mereka menjatuhkan siksa kepada kita tanpa belas kasihan. Ia mengirim kepada kita putera-putera Ismail dari negeri Selatan untuk membebaskan kita dengan kekuatan mereka dari tangan orang Romawi. Dan walaupun benar bahwa kita telah menderita sedikit kerugian karena telah dipecat dari gereja Katolik dan diberikan kepada golongan Chalcedonia, maka gereja-gereja ini masih tetap dalam hak milik mereka.

Dan ketika kota-kota menyerah kalah kepada bangsa Arab, mereka(arab) telah menyediakan bagi tiap-tiap puak kristian, gereja yang mereka miliki. (Dan ketika itu Gereja Homs yang besar dan Gereja Harran telah diambil dari tangan kita.) Walaupun begitu, bukanlah suatu keuntungan kecil bahawa kita dapat melepaskan diri dari kekejaman dan seksaan orang Romawi dan kebengisan mereka yang hebat terhadap kita, dan bahawa kita mendapati diri kita dalam keadaan aman dan selamat."
Dan semasa tentera Islam telah sampai ke Lembah Jordan, dan Abu ‘Ubaidah berkhemah dengan tenteranya di Fahl, para penduduk yang beragama Kristian telah menulis surat kepada orang mereka seperti berikut:
"Wahai kaum Muslimin! Kamu lebih kami cintai daripada orang Romawi, walaupun kami seagama dengan mereka. Kamu lebih menepati janji kepada kami, lebih lemah lembut terhadap kami, tidak mahu menganiaya kami, dan baik pemerintahannya terhadap kami. Orang Romawi menindas kami dan merompak rumah kami."
Penduduk kota Homs menutup pintu kota mereka terhadap tentera Heraclius, dan mereka menyampaikan kepada kaum Muslimin bahawa pemerintahan mereka dan keadilan mereka jauh lebih dicintai dibandingkan dengan kezaliman dan penaniayaan Romawi.
Oleh itu, kemenangan Islam adalah kemenangan yang unik dalam seluruh sejarah umat manusia, yang belum ada tolok bandingannya, baik sebelumnya mahu pun selepasnya. Kemenangan ini bukan kemenangan memperoleh daerah dan harta benda, tetapi merupakan kemenangan terhadap hati nurani penduduk daerah itu, dan menanamkan di sana benih keadilan, toleransi, persamaan dan persaudaraan.
Setiap manusia yang menaruh keyakinan yang baik terhadap kemanusiaan, yang mengenal kemenangan Islam, dan mengetahui tujuan-tujuannya dan motif-motifnya, tentulah akan mendambakan jikalau kebangkitan Islam yang pertama itu mencakupi seluruh permukaan bumi, dan menaburkan benih-benih yang baik.
Sekarang ini, harapan tertumpu kepada kebangkitan Islam yang kedua, yang mana tanda-tandanya sekarang telah mulai kelihatan dalam kebangkitan Dunia Islam, dan mulai tersebar luasnya gagasan Islam yang nantinya meliputi seluruh dunia dan semua orang yang berada diatas bumi ini.

Kesimpulan
Dengan kata-kata assyahid itu,semoga kita dapat menjernihkan kembali, erti sebenar sebuah peperangan dan kemenangan dalam Islam. Kegagalan kita memahami erti kemenangan Islam, menyebabkan kita memadang serong terhadap perjuangan dan gerakan Islam.
Seperti kata assyahid;
"Perluasan daerah itu tidak pernah mempunyai nilai dalam perhitungan Islam. Yang menjadi nilaian adalah merealisasikan sistem yang adil secara sempurna yang berdasarkan hukum Islam yang timbul dari aqidah Islamiyah. Faktor inilah yang dapat menambat hati manusia kepada Islam."
Ayat merealisasikan Islam menjadi titik fokus.
Realisasi, realistik.
Bukan Teori semata-mata.

0 comments:
Post a Comment