Sepanjang cuti di Malaysia ini, saya dihujani dengan pelbagai persoalan tentang PAS, seolah-olah saya ketua penerangan PAS Malaysia pula. Tetapi, itulah tugas wajib bagi setiap insan yang mencintai dan mengerti tentang perjuangan PAS di Malaysia. Tugas mereka ialah sebagai agen kepada perubahan. Merubah pemikiran, dan mengajar cara berfikir mengikut acuan Islam. Bukan acuan TV3 dan TV1.
Sterotaip pemikiran awam, rata-rata datang dari mereka yang 'kurang' inisiatif dalam mencari dan menganalisis informasi di persekitarannya. Kalau sumbernya TV1, konfem, dia tidak akan menemui pandangan dari 2 belah pihak, yang ada hanya suntingan yang dipotong-potong isinya. Dan natijahnya, penonton akan mempunyai pandangan yang terpotong-potong.
Surat Khabar Kelmarin
Saya terbaca surat khabar Sinar Harian, dimuatkan dimuka hadapan akhbar tersebut tentang Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw, dan juga kenyataan Karpal Singh, Pengerusi DAP, kedua-duanya tidak bersetuju dengan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan Ops Judi, bagi membenteras judi loteri. Tindakan ini dianggap oleh kedua-dua rakan PAS ini, sebagai tidak memberi ruang kebebasan kepada bukan Islam. Kerana Judi Loteri sah dijual tanpa perlu premis khas.
DAP dan DHPP (kelab Penyokong PAS) , kedua-dua ini kawan PAS. Mereka kafir, tetapi kawan PAS, PAS ialah jemaah Islam yang mempunyai parti politik yang juga dipenuhi ustaz-ustaz dan lebai-lebai. Dan mereka memilih berkawan dengan DAP dan DHPP. Jadi disini, apakah perbezaan antara PAS dan UMNO?
PAS dan UMNO?
PAS marah UMNO, kerana membina hubungan 'kawan' dengan MIC dan MCA(bukan Islam) pada masa dahulu. Dan kini, PAS pula berkawan dengan DAP (kafir). Apakah bezanya? Apakah PAS ibarat peribahasa melayu paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih!
PAS jemaah paku dulang paku serpih?
Benarkah PAS sedemikian rupa. Khianat pada perjuangan Islam, sebelum itu,kita nilai dahulu, apa yang ada didalam PAS dan UMNO. UMNO mempunyai 1 kelebihan yang tidak ada pada mana-mana parti atau jemaah diseluruh Malaysia, iaitu Jentera Kerajaan ialah Jentera UMNO, (dalam bentuk simbol matematiknya, Kerajaan+UMNO= 1 Malaysia). Buktinya, tak pernah sepanjang sejarah Malaysia, UMNO tak memperkudakan jentera kerajaan@rakyat, segala kementerian dia sebat, TV, radio, dan media massa yang lain. Itu 'kelebihan' UMNO.
PAS ada satu kelebihan,yang mana tiada parti atau jemaah di Malaysia miliki. Iaitu Ulama Haraki dan Jemaah Ulama Haraki. Dalam PAS ada Dewan Syura Ulama, yang terdiri dari Ulama yang berkelayakan, mereka yang nak jadi Presiden PAS mestilah mereka yang duduk dalam Dewan Syura Ulama. Maka PAS, sinonim dengan Ulama.
Apa kaitan Kelebihan ini?
Tujuan saya sebutkan Ulama PAS adalah untuk kita merujuk kepada tajuk persoalan sebelum ini, iaitu PAS jemaah Paku Dulang Paku Serpih? Untuk menjawab, kalau penikahan UMNO dan MIC+MCA itu haram, kenapa perkahwina PAS dan DAP+PKR sah pula?
Jawapannya,
Ulama Gerakan Islam Sedunia, memperbahaskan tentang membina hubungan dan kerjasama dengan bukan Islam @ kafir. Ulama mengkategorikan, hubungan dengan bukan Islam ada 2 jenis,dalam istilah bahasa arab dipanggil Wala' dan Tahaluf. Yang dibenarkan Islam ialah Tahaluf.
Apa beza, Wala' dan Tahaluf, Kawan dan 'Kawan'
Wala' ialah, kita membina kesepakatan dan kerjasama dengan orang kafir dan pada masa yang sama ia telah menjual prisip Islam. Tahaluf (Kerjasama) yang terjalin atas kesepakatan dengan bukan Islam, tanpa mengadaikan prisip Islam yang sedia ada.
Kita Rangkulkan
Karpal singh (DAP), Hu Pang Chaw (Kelab PAS) mereka ialah rakan sepakat PAS, yang tidak bersetuju dengan pengharaman Judi yang diperjuangkan PAS, dan pada masa PAS tetap bertegas untuk tidak mengubah pendirian dan tindakan tersebut walau mereka berdua itu kawan. Kerana pengharaman Judi ialah Prisip Islam yang sudah jelas.
Bagaimana pula UMNO dan MIC+MCA?, masih ingatkah kita tentang pilihanraya kecil Tenang? Kenyataan Chua Soi Lek, yang menghina calon PAS, Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan lelaki dan memakai sarung tangan. Chua Soi Lek, telah menghina pegangan Islam, dan pada masa yang sama UMNO berdiam diri. Sungguh 'baik' persahabatan mereka ini.
Saya rasa, untuk memahami konsep tahaluf ini, adalah tidak sukar, kita hanya perlu menganalisis setiap isu, samada sebelum atau sekarang. Dan pembacaan sumber bahan juga mesti adil, tidak hanya dari Harakah semata-mata, mesti juga dari Berita Harian dan Utusan serta media massa jurucakap UMNO.
Akhir sekali, saya kongsikan satu sedutan ceramah Tok Guru Haji Hadi Awang yang menyebut tentang, apakah beza hubungan PAS dengan DAP, dan UMNO dengan MCA.
sekian.


1 comments:
dh lama aku tggu post sebegini.
Post a Comment