Pages

Monday, January 24, 2011

Wanita 'Kafir', Menangis Membela Muslimat


Chua Soi Lek, ahli MCA kacukan UMNO, berketurunan Cina menperlekehkan@ kutuk tindakan calon PAS MELAYU ISLAM, cikgu Normala Sudirman @ Cikgu Mala, kerana,

 "Keengganan calon PAS itu bersalam dengan lelaki di Tenang serta memakai sarung tangan ketika bersalam."

Melayu PAS, cina DAP yang dikatakan 'kapir', Melayu PKR yang dikatakan 'Sekular', marah kerana isu seperti ini menjadi satu pertikaian dan barang modal meraih undi.

Hanya satu bangsa saja diam, iaitu Melayu UMNO. Baru sebentar tadi TPM kita keluar satu respon

""Tapi bagi saya, saya tidak mahu nak mengekploitasi peribadi pihak calon. Itu adalah pilihan beliau (Normala). Tetapi apa pun terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian."

Saya ingat Uncle Muhyidin akan marah sampai menahan sebak kerana tindakan Chua Soi Lek menghina seorang Muslimah. Saya pun agak terbayang, akan keluar kenyataan Uncle Najib seperti

"Jika kamu pijak kain seorang muslimat, akan ku hantar seluruh negara untuk berjihad melawan negara kamu". Ala-ala zaman Uthmaniah.

Rupanya tidak.

Tiada yang menangis kerana menahan marah. Saya ingat ada yang meraung macam kisah drama KALIMAH ALLAH di kidnap, ataupun kisah YB Dap 'Kapir' pakai baju ketat bersenam ditepi masjid.


"Kenyataan Presiden MCA Chua Soi Lek dan diikuti pula oleh Ketua Wanita Gerakan Datuk Seri Tan Lian Hoe yang memainkan isu Cikgu Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki adalah lambang orang agama dalam umno gagal menerapkan Islam dalam BN. Pas boleh maaf kepada dua tokoh daripada parti komponen BN yang tidak memahami situasi ini. Persoalannya apa yang tokoh-tokoh agama buat sepanjang 53 tahun berkawan dengan MCA dan Gerakan untuk menerangkan masalah hukum asas. Mungkin mulut orang agama dalam umno  sudah penuh dengan sagon.Pas merasa bangga isu bersalam,  dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam".
                                                                                  (Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS)

-p/s:- sila lihat video yang disediakan diatas, insyallah anda faham tajuk post ini

0 comments: