Pages

Monday, January 17, 2011

Islam Lemah Kerana Melayu Lemah?

Assalamualaikum.

Ini post pertama saya di tahun 2011. Dah lama saya tidak menulis, seolah-olah putus jari untuk menulis lagi. Niat menulis sentiasa ada, tapi sentiasa putus dek masa dan rasa.

Tiba-tiba, malam ini terbit rasa untuk menulis. Biarpun sedikit, asalkan menulis. Tajuk post kali ini pun, mungkin akan buat mindset pembaca berlegar tentang MELAYU dan ISLAM.

Saya ada kisah

tentang bangsa Melayu.

Semasa saya belajar di Kolej Matrikulasi Melaka,semasa sem akhir, pernah diadakan program yang melibatkan pelajar Universiti dan pelajar kolej kami. Saya masih ingat,pelajar USIM jadi mentor kami. Hampir 2-3 hari kami jalani program tersebut. Ada sampai menyanyi, main lompat-lompat, taaruf sana taaruf sini. Program ni buat saya dan kawan-kawan jadi rimas. Program apa kejadahnya ini?

Tapi ada hot spot kisah yang buat saya terkenang tentang MELAYU SEPAKAT.

Pada hari kedua, (tak silap saya), kami semua dikumpulkan didalam Masjid kolej, tak kira melayu,cina, india, semua hadir. Dan pada masa itu, kami diberitahu bahawa akan diadakan ceramah oleh pihak Birotatanegara.

Dalam kepala saya, mengandalkan ceramah sejarah, atau patriotik. Rupa-rupanya, ceramah kali ini benar-benar luar biasa bagi saya.

"Maaflah kepada pelajar cina dan india, saya memang kena cakap benar! Korang nak marah lantaklah" kata penceramah tersebut.

Apa tidaknya, sebelum lafaz ayat diatas, kaum cina memang dimaki habis-habisan, orang cina rampas peluang melayu, cina orang luar bukan bangsa asal, cina itu cina ini. Melayu pula jangan tak sokong kerajaan.

Dan ayat paling maqam tinggi saya masih ingat ke hari ini, walau memori dah macam berkabus.

"Kita orang melayu duk berpecah, Orang Cina, India, pula ambil kesempatan pada kita!"

Kesimpulan ayat diatas MELAYU SEPAKAT.

Saya memang 'panas' masa tu. Bukan panas dengan cina, tetapi panas dengan melayu yang bercakap dihadapan.

Bila sampai penghujung ceramah, saya cepat-cepat fly ke bilik, bila sampai di bilik saya terkejut, bilik saya dipenuhi pelajar cina, saya sedia maklum, roomate saya seorang pelajar cina. Bila saya masuk, mereka semua terdiam, semua lihat pada saya dengan mata yang penuh perasaan. Secara spontan saya berkata pada mereka;

"Penceramah tadi UMNO, orang Islam tak bercakap macam tu."

Seorang kawan cina saya pun mencelah, mengatakan takpa, mereka faham. Saya tidak puas hati, saya yakin mereka salah anggap tentang ini.

"Ayah saya, melayu, Nenek saya cina, macam mana kamu nak define saya?"

"Islam tak ajar diskriminasi "

Roomate saya yang berbangsa cina, cuba tenangkan kawan-kawannya yang lain, minta semua bertenang, mereka minta saya duduk bersama, jika mahu tempat untuk bersembang. Saya masih ingat, waktu itu tengah hari, kami semua berbaju singlet kerana kepanasan. Tetapi saya puas hati, kerana saya berpeluang untuk menerangkan yang sebenar. Apa itu Islam, apa itu Melayu, apa itu UMNO.

Rencah Berubah

Malam ini saya teringat kembali tentang peristiwa ini, bila saya terbaca sebuah artikel dari blog ini. Persoalan bangsa sudah lama dijawab oleh Islam. Dalam buku sirah nabawi, dah berbuih-buih ulama huraikan, darjat bangsa dan agama. Mungkin kelebihan menampal logo Melayu, kita boleh mendapat lesen untuk berceramah didewan kerajaan, guna logo melayu, tetapi tak sokong PAS, boleh beri imbuhan untuk dapat elaun tahunan untuk aktiviti program. Guna logo melayu boleh dapat biasiswa berjuta-juta,Ataupun guna logo Melayu, untuk tarik melayu kepada Islam acuan Melayu?

Persoalan 
Islam lemah di tanah Arab kerana Arab lemah.
Islam lemah di Turki kerana bangsa Turki lemah.
Islam lemah di tanah Melayu kerana Melayu lemah.
Dan begitulah seterusnya.
Rangkap ayat diatas punyai pelbagai petafsiran. Pentafsiran saya pada ayat diatas hanya satu sahaja.

Adakah Islam membentuk Melayu, atau Melayu membentuk Islam?.
 
 Jawapannya, Saidina Umar R.A sudah menjawabnya 1400 tahun yang lalu lagi.

إنَّا كنَّا أذل قوم، فأعزَّنا الله بالإسلام، فمهما نطلب العز بغير ما أعزنا الله أذلنا الله
“Kita (bangsa Arab) dahulu adalah sehina-hina manusia, lalu Allah memuliakan kita dengan Islam; andainya kita cuba mencari yang lain selain Islam necaya Allah akan menghina kita kembali.” 
(Mustadrak : 207)

Jelas dan terang kata Umar.

"Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Maka demikianlah Allah .w.t. menerangkan mithal perbandingan.”                                                                                                  Surah Al-Ra’ad:17
Kalau Semua Manusia Melayu Mendaulatkan Islam,Insyallah Melayu Itu Sepakat.
Huh, sungguh loya untuk saya berbual tentang bangsa. Kalau antara UMNO dan PAS pun kita tidak dapat beza. Muak, dengan false sense of consciosness, rasa selamat bila melayu jadi BESAR lebih dari segala bangsa.

Wslm

Mohd Zaim Bin Abdul Aziz
Pukul 3.15 pagi
18 Januari 2011
Mansurah

-p/s- Pastikan ada baca artikel ini di link ini, opsss.. ini bukan kes jemaah jambu-jambu, ini cerita tentang isi kotak otak kita. Pastikan baca sampai habis dan cermat, takut ada yang jadi,

"katak sumbang buta."



2 comments:

Cuba Teka!!!! said...

Maka kembali ber'blogger'en Zabik setelah tamatnya musim berbulan madu!!!!

Zaim Abdul Aziz said...

Come on la, Lobak.. sedangkan UMNO didalam Jamban ku kenal, ini kan pula Shahriman hahaha