Pages

Tuesday, June 9, 2009

Doktrin Palsu

Sepatutnya Abuya yang menjadi Perdana Menteri, tetapi Mahathir telah menipu dan menyerahkannya pada Pak Lah, dan ideal Islam Hadhari kini, adalah ideal Abuya.”

Ulas seorang junior perempuan dalam satu pertemuan umum ketika di Kolej dahulu. Mungkin sahabat dan sahabiah saya di luar sana masih ingat adegan dialog di atas. Kisah adik Rufaqa’ (Rufaqa’ adalah wajah baru kumpulan Al-Arqom) berkongsi fikrahnya. Semua terkejut pada masa itu, tetapi masing-masing menyimpan wajah terkejut dalam kelipan mata.

Saya tidak terkejut jika kader-kader Al-Arqom mendewakan abuya nya yakni Ashari. Tetapi saya lebih terkejut tentang doktrin palsu melampau, yang telah di tanam dalam minda kader-kader baru mereka. Saya melihat kejujuran pada perkongsiannya dan pada masa yang sama ia telah menampakkan acuan doktrin tersebut cukup melekat dalam pemikiran.


Kisah doktrin palsu bukan sahaja di amalkan oleh kumpulan-kumpulan ajaran sesat, bahkan turut di amal oleh sesetengah puak-puak yang mengaku jemaah Islam. Doktrin sebegini adalah hujah magis yang diharap menjadi gula-gula yang melekakan pengikut baru yang masih pucuk dalam kumpulan mereka..

Abang percaya tentang mimpi bertemu Rasulullah?” sampuk si gadis pada saya. Kami semua terpinga-pinga untuk menjawab ya, tetapi kenapa soalan itu yang ditanya.

Abuya pernah bermimpi bertemu Rasulullah, dan abuya juga diiktiraf sebagai pemuda bani Tamim (imam mahdi) di akhir zaman ini

Wah, dahsyat! Setakat itu dulu.

Cerita dogeng yang di naik tarafkan

Masalah doktrin palsu cukup ketara bila berhadapan dengan hujah. Ia banyak diguna ketika gagal mendepani hujah yang memerlukan kebenaran jawapan. Saya pernah menyelidiki beberapa blog yang ditulis oleh saudara-saudara kita yang belajar di Mesir dan UK. Usahanya untuk menjelaskan tentang kebenaran jemaahnya menyelitkan kisah-kisah palsu terang-terangan.

Shaari Sungip (bekas presiden JIM ) telah dihantar oleh JIM untuk masuk ke dalam PAS
Fadzil Nor, dihantar oleh ABIM untuk masuk ke dalam PAS” “Tok Guru Haji Hadi, di tarbiah oleh ABIM dan dihantar untuk bekerja dalam PAS”

Ayat-ayat di atas mungkin cukup memukau bagi mereka yang tahu serba sedikit sirah tokoh-tokoh di atas,dan akan ada yang terus beriman dengan hujah di atas. Tetapi hakikatnya, penulis telah mencampakkan dirinya dalam satu lingkungan doktrin palsu yang berantai. Pengikut baru akan di pusakakan dengan cerita ini dan seterusnya. Alangkah aibnya, andainya penulis itu tahu, bahawa ADA yang sedar dia sedang berbohong kering di tengah hari.


Demam Sang Murabi

Kami di tarbiah terus oleh Ikhwan Muslimin!” kata seorang pelajar di Kaherah.

Saya mengaru-garu kepala lagi Masa kini, kita berhadapan individu dan kumpulan yang terdesak mencuri nama-nama besar dalam berdakwah, nama Rasulullah dan Islam bukan lagi pilihan utamanya. Ini bukti, kegagalan dalam menampilkan ketulenan sebenar dalam kewujudan mereka. Jika tujuan kisah dogeng ini direka sebagai tanda usaha menyatakan kita satu barisan saf perjuangan yang sama, dan tidak perlu saling meragui dan saling prejudis di antara satu sama lain maka bukan ini caranya.

Kalau ini trademark dalam menyeru manusia menggabungkan diri dalam sebuah jemaah Islam. Sudah pastinya persatuan PERUBATAN dan PMRAM atau NADI UMNO akan ketinggalan!

Mungkin selepas ini, Pengerusi PCM terpaksa berbohong di atas darat, mengeluarkan kenyataan rasmi kepada semua ahli, bahawa PCM adalah sayap kiri pemuda Ikhwan Muslimin Malaysia di Mesir, ataupun Presiden Perubatan terpaksa membuat pengakuan bahawa beliau telah di tarbiah Partai Keadilan Sejahtera (PKS), ataupun mengaku menjadi anak angkat ustaz Rahmat Abdullah.

Akhir

Post kali ini, saya sengaja tidak menjawab persoalan dari beberapa komen yang meminta penjelasan tentang jemaah Islam sebenar, molek kiranya, saya membersihkan dulu minda-minda pembaca dan diri saya sendiri dari penyakit doktrin palsu. Sebelum kita bercakap lebih panjang tentang ciri-ciri jemaah. Apalah erti perbincangan, kalau otak masih di penuhi sampah sarap yang terbina dari penipuan.

“Wahai pemuda, seandainya kamu meyakini fikrah kami dan kamu mengikuti jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan Islam yang murni ini, kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu wakafkan segala tenaga dan usaha kamu untuk akidah yang kamu yakini ini, maka semua itu mendatangkan kebaikan untuk kamu, di dunia dan akhirat”.
(Hasan Al-Banna, Ikhwan Muslimin)

Mungkin di sini saya syorkan, para pembaca mencari kitab yang ditulis ustaz Mustafa Masyhur yang telah di terjemah dalam bahasa Melayu yang bertajuk ‘Jalan Dakwah Antara Keaslian Dan Penyelewengan’. Saya butuhkan masa yang tenang untuk menulis panjang lagi.

Tatkala menjelangnya Qiamat, (berlakulah beberapa perkara iaitu), orang memberi salam hanya kepada golongan tertentu atau kerana ada kepentingan tertentu sahaja, berleluasanya perniagaan hingga isteri (terpaksa) menolong suaminya dalam perniagaan itu, gejala memutuskan silaturahmi, kesaksian yang palsu dan penyembunyian kesaksian yang benar, serta tersebar luasnya pena (bahan bacaan)”
(hadis Riwayat Ahmad)

Dakwah itu Garam Bukan Lipstiks

Wslm

10 comments:

izzatkamal said...

salam..
tenang2 diri sudah..perjalanan harus ditempuhi walupun penuh onak berliku..

org kata menulis itu satu ketenangan..tulisla untuk memberitahu..

PCM nak wak doktrin ape ye??haha

Ibnu Fuad said...

Ukhuwwah still mantap insya Allah

Mafia Soleh said...

salam...

hoho berminat la nk abg zaim cerite lanjut agi pasal al arqam, sy nk amek tau gak

pasal doktrin tu? raseny hehe
doktrin najib akan letak jawatan n bg jawatan kat izzat kamal haha

akhi soghir said...

Salam perjuangan,

Amat optimis sekali harapan akhi bila mengatakan : "molek kiranya, saya membersihkan dulu minda-minda pembaca dan diri saya sendiri dari penyakit doktrin palsu"...tapi hakikatnya, seseorang yg sedia beriman dengan doktrin2 yg dibawa payah sekali untuk membuka ruang dan memberi peluang kepada diri 'dipengaruhi' walaupun sedikit oleh pandangan dan hujah yg selain dari pegangannya...

Dalam kes doktrin palsu ini, amat baik sekali kalau wala' yg ditunjukkan ada dalam diri pejuang2 Islam. Setia dan Jujur pada satu jemaah. Biarlah sama2 menanam pada tanah yg sejengkal, asalkan hasilnya nanti kita mampu membuka ladang sebendang...

Berjuang mempertahankan EGO sendiri, bukan mencari KEBENARAN dari Rabbie...di mana silapnya?

Sahabat2ku, kembali MUHASABAH diri...

Teruskan menulis akh! "BERJUANG memang PAHIT, kerana SYURGA itu MANIS"

Senyum mujahid memburu syahid!!!
Wassalam~

Management Consultant said...

MANA LEBIH BAGUS, aBUYA BERMIMPI BERTEMU RASULULLAH ATA AHLUL BAIT RASULULLAH SAWW?

future phenomenon said...

salam...tumpang lalu..siapa minat konspirasi, sejarah nusantara yg hilang atau perbincangan sufi, boleh la ke www.nusanaga.blogspot.com

selain tu boleh eratkan tali persaudaraan...nilah zamannya untuk bangkitkan sesuatu...

wassalam

Anonymous said...

Salam saya pernah terlibat dgn jemaah arqam. Mmg benar apa yg saudara bimbangkan itu. Malangny selps saya meninggalkannya saya gagal mencari org2 yg benar2 dapat membebaskan diri drp sampah sarap n ketaksuban melampau. Yg namanya ahli jemaah sering obses dgn kelompoknya sendiri. Mereka sering tdk dpt membezakan antara doktrin islam sebenar dgn kepentingan atau imej kelompok.Sikap "Arqam" itu ada dimana2.Lbh teruk lagi bila isu ini dijadikan bahan lawak spt PCM nak wat doktrin ape ye?. Doa saya saudara tidak begitu .

Anonymous said...

komen akhi songhir mmg tepat sekali. Belajarlah cara "Arqam" mendoktrin ahli2nya.Saya tabik spring kpd mereka. dalam bab nih tak dak jemaah lain boleh lawan. tapi bila tak ikhlas senjata makan tuan. sbb tu dalam wala' kita kena timbang juga jgn taqliq buta.Yg penting ILMU dan IKHLAS. Siapa ada ini dia selamat.Ramai bekas ahli Arqam yg selamat dan terus berjuang walau jemaah dah hancur kerana mereka berjuang bukan kerana Ashaari tapi kerana Allah.Waulaahualam.

Suhaimi said...

kesimpulannya pada saya ialah....

Arqam dan jemaah yang ada sekarang sama jee... ahlinya ada yang taksub..

BAnyak jemaah - jemah yang diwujudkan kerana ada agenda (maaf kalau salah).

Arqam berjaya mendoktorinkan Ahli2 nya dan tiada jemaah lain yg mcm Arqam kat MAlaysia..!!!!

bejuang tidak ikhlas, ada kepentingan maka musnahlah jemaah.

Wala' itu penting tapi jgn taklik buta..

yang penting ILMU dan Ikhlas..!!!

hahaha.. itu dia... ilmu dan ikhlas..!!! ramai yang xda nih...!!!!
termasuk laa saya..owh.....

p/s lihatlah Ahli jemaah Arqam yang wala' tetapi tidak taklik buta.. meraka adalah orang yang berjaya... mereka ini tidak bersama rufaqa... kerana meraka berjuang dengan ilmu dan ikhlas...

Anonymous said...

salam..

zaim :
Demam Sang Murabi

“Kami di tarbiah terus oleh Ikhwan Muslimin!” kata seorang pelajar di Kaherah.

Saya mengaru-garu kepala lagi Masa kini, kita berhadapan individu dan kumpulan yang terdesak mencuri nama-nama besar dalam berdakwah, nama Rasulullah dan Islam bukan lagi pilihan utamanya. Ini bukti, kegagalan dalam menampilkan ketulenan sebenar dalam kewujudan mereka. Jika tujuan kisah dogeng ini direka sebagai tanda usaha menyatakan kita satu barisan saf perjuangan yang sama, dan tidak perlu saling meragui dan saling prejudis di antara satu sama lain maka bukan ini caranya.

jawapan :
adalah lebih malang kiranya orang yang menulis sendiri tidak pernah ditarbiyyah oleh orang ikhwan dan bercakap seperti seolah2 dia tahu segalanya..org ikhwan mesir tak berminat untuk bercakap persoalan2 di atas..sekiranya anda benar2 ikut ikhwan, pastu murabbi anda dari ikhwan akan menyatakan "tinggalkan perkara2 remeh ini"...ust nasaruddin tantawi pun bukannya ikut ikhwan sebagaimana yg diwar-warkan oleh pemuda pas malaysia..bukannya kami tak tahu dia tak ikut..lebih kelakar bila bersahabat..kalau main dakwa-dakwi hanya kerana baca buku2 fikrah ikhwan dan buat daurah tanpa merujuk pada masyayikh ikhwan, maka semua orang boleh dikategorikan sebagai ikhwan..dan hasil daripada membaca buku2 ikhwan tanpa merujuk ahlinya (masyayikh ikhwan sendiri), maka akan lahir pemikiran "haram taaddud"..

terdesak mencuri nama2 besar?adakah PAS tidak mencuri nama2 besar dengan membuat analogy diblog2 IM dimesir..Hamas di palestin dan Pas di malaysia..lebih kelakar apabila ada cerita2 dongeng dari PAS yang mengatakan ada dikalangan mereka yang pernah ditarbiyyah oleh ikhwan..maka,disebutlah nama2 seperti tn guru hj hadi, ust harun taib..sedangkan murabbi mereka sendiri pun sudah keluar ikhwan..sama seperti mereka berdua yg tidak mahu taat arahan ikhwan malaysia dengan membawa haluan sendiri dalam PAS..

cuba tanya ahli2 pmram yg kononnya dikatakan mengikut ikhwan di mesir, mereka sebenarnya tak tahu pun siapa yang jadi masul tarbiyyah IM yg menjaga orang melayu di mesir..mereka sendiri tak kenal pun cara IM bekerja..tsawabit2..disiplin2..dll..cukuplah dengan melihat kepada cara pmram dan pelajar2 perubatan yang handle usrah mereka..pun sudah jelas menunjukkan mereka tidak tahu bagaimana IM bergerak dan mengendalikan usrah mereka..tgk silibus pun kita dah tahu..apatah lagi mereka tiada taqyim dalam usrah mereka..tak ada konsep isti'zan dll..

lebih lucu apabila hujjah2 spt "menyokong umno", "pengkhianat" dan "pemecah belah" digunakan oleh golongan ini untuk memburuk2kan orang lain..nasib baik, alhamdulillah, golongan yang dikatakan pemecah belah ini tidak sesekali menulis di dalam sebarang blog mereka untuk memburuk2kan pmram..yang ada hanyalah pmram, dan pelajar2 medic yg pro-pmram sahaja seperti saudara zaim..apa yang lebih penting, buatlah kerja dakwah dan kurangkanlah berckp tntg jemaah lain..mungkin kita lebih menambah dosa..

jangan menuduh orang mencuri nama2 besar sedangkan kita sendiri yg melakukannya..tiada siapa dari kalangan pmram yang ikut ikhwan di mesir..jadi, tidak usahlah mendakwa2 kami adalah ikhwan..cek amal, mafahim dan fikrah antum, pun jelas bertentangan dengan ikhwan..kalau sekadar baca buku dan faham sendiri2 dari buku, org2 yahudi pun baca buku2 ikhwan..

sebelum terlupa, buku2 terjemahan yang saudara beli di kedai2 seperti pustaka fajar, salam dll tu org2 ikhwan malaysia yang terjemahkan..nak harap org pas, sampai bila tak terjemah buku2 ikhwan..ops, jugak buku maza yakni yg dalam bahasa melayu tu, juga orang ikhwan malaysia yang terjemah, bukan orang PAS..ust alias othman..

selamat mencari kebenaran zaim!salam pelajar cairo...