ng kepada tv, apa yang meralitkan ayah ini.Memori yang masih tersimpan dalam ingatan saya ialah, barisan artileri (meriam) berwarna coklat sedang memuntahkan api di muncungnya serta barisan lori yang melancarkan roket yang menghasilkan asap putih di udara.
Satu dialog yang masih saya ingat hingga kini
“Ayah, siapa yang jahat?”
Ayah saya dengan spontan menjawab, Amerika dan Yahudi serta Arab lembu!
Satu persoalan dalam kepala saya pada masa itu, siapa Yahudi, siapa Amerika, siapa pula Arab lembu? Dan mereka buat jahat pada siapa? Persoalan ini membuatkan saya tidak henti-henti bertanya pada ayah, menyebabkan ayah meminta selepas ulasan berita ini baru ayah ceritakan.
Natijah terhadap peristiwa itu, saya menerima konsep, bahawa, di dunia ada 3 golongan yang harus di tentang ialah, Yahudi, Amerika dan Tali Barutnya
Itu kisah 17 tahun yang lalu, dan ideal itu tetap diterima sehingga kini
Melihat Palestin Mengenalkan Kita Taktik Musuh Allah.
Bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang pada saya untuk menumpang di bumi Mesir ini, bukan sahaja syukur dapat ke bumi Anbia, tetapi syukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk melihat dan memahami dengan lebih dekat penderitaan ummah serta taktik dan perancangan musuh-musuh Allah pada hamba-hambaNya yang soleh. Tindak tanduk musuh-musuh ini stereotaip dan hampir sama walau berbeza belahan dunia
Apa yang dapat kita fahami?
Perang terbaru, antara rakyat Ghaza di bawah pimpinan Kerajaan Hamas dengan Israel serta konco-konconya seperti Amerika, dan Mesir. Kini sudah masuk hari ke-7 operasi penyembelihan ke atas umat Islam di Ghaza.

Pertama, saya bawakan kepada anda dalang-dalang di sebalik operasi penyembelihan ini.
1. Israel
2. Amerika
3. Kesatuan Eropah
4. Mesir
5. Kumpulan Fattah
Senarai dalang di atas adalah berdasarkan bukti yang jelas keterlibatan mereka terhadap serangan ke Ghaza, namun begitu, masih ramai pihak-pihak yang berselindung di sebalik tadbir dalam operasi ini. Maka, lebih selesa jika kita bawakan hujah yang terang dan jelas.
Kita mulakan dengan Israel
Israel sudah sekian lama, kita kenali sebagai musuh utama umat Islam dan umat manusia sejak dahulu lagi. Dengan menggunakan provokasi kemerdekaan negara Israel dan pada masa yang sama merampas tanah rakyat Palestin dilihat normal oleh banyak negara di dunia. Yang di highlightkan Kemerdekaan Israel, yang disembunyikan pula ialah penjajahan dan rampasan tanah. Kemudian di hebohkan kepada seluruh dunia bahawa Israel di ancam oleh negara-negara Arab sekitar, dan cetusan ideologi ini di kuatkan lagi dengan hujah perang Arab-Israel 1948, dan perang 6 hari. Pada masa itu, negara barat berlumba-lumba memberi sokongan kepada Israel dan semua ini juga di atas kecekapan pelobi-lobi Israel di Amerika Dan Britain. Dan kini, Israel sudah mampu berdiri dengan sendiri, mempunyai kelengkapan ketenteraan, dari kereta kebal buatan sendiri hingga mampu mempunyai senjata nuklear. Negara Israel adalah anak emas kepada Amerika, sebarang senjata terbaru yang dihasilkan oleh Amerika, maka Israellah negara pertama yang akan memilikinya. Dari Raptor F-22 hingga kepada predator, semua itu ada dalam pemilikan Israel.
Bahkan, berdasarkan analisis ketenteraan dalam sebuah majalah ketenteraan di Britain mengatakan, kekuatan tentera udara Israel jauh lebih hebat dari Amerika. Dan
itu sekadar ringkasan dan imbasan tentang pengaruh dan kekuatan Israel pada masa kini yang telah hidup berdasarkan sifat parasitnya terhadap negara-negara besar dunia.Bagaimana dengan keterlibatan Mesir?
Desas-desus keterlibatan Mesir dalam arena penghambaan kepada Israel sering disembunyikan, bahkan bukti sikap talang dua muka Mesir terhadap Palestin hampir terbuka ketika perang pembebasan Sinai dari Israel, ketika mana sudah jelas Isreal sudah tewas, dan tentera Mesir sudah siap sedia untuk masuk menyerang Tel Aviv, namun semua itu di hentikan dengan pengunduran tentera oleh Presiden Mesir, Anwar Sadat pada ketika itu. Keputusan ini di susuli dengan penjanjian damai Kem David 1978. Kesannya membawa kepada kemarahan ramai pihak terutama mujahidin yang terlibat sama dalam peperangan. Kerana dengan perjanjian itu, Mesir telah memberi signal yang jelas bahawa mereka telah mengiktiraf negara Israel, penarikan diri mereka dari peperangan tersebut juga memberi gambaran bahawa, Isu penindasan rakyat Palestin bukan lagi Isu Mesir dan palestin terbuang tanpa di bela, tidak lama selepas itu Anwar Sadar telah dibunuh dalam suatu kejadian kemudian kerusi presiden ini diganti oleh Husni Mubarak(sehingga kini) yang pada masa itu juga menjawat jawatan ketua turus angkatan udara Mesir.
Maka bermula dari titik itu.

Mesir meneruskan dasar pro-Israelnya, antara bukti yang nyata, penjualan minyak dan gas kepada Israel yang disalurkan secara terus ke negara Israel, Mesir juga telah bersetuju membina tembok sempadan di antara Gaza, Palestin dan Mesir, dan pada masa yang sama juga, Israel telah memasang tembok yang sama di sempadan Israel Gaza. Maka terbentuklah penjara untuk umat Islam Palestin dalam saiz yang besar. Sebarang urusan di sempadan Gaza dan Mesir juga di pantau sama oleh Israel. Dan semua ini adalah antara bukti-bukti pengkhianatan Mesir terhadap Palestin, bahkan hampir setiap tahun kerajaan Mesir bermesyuarat dengan kerajaan Israel untuk memperbaharui hubungan mereka di Sham Al-Syeikh.
Muncul Hamas!
Hamas diasaskan oleh Syeikh Ahmed Yassin dari b
ahagian Gaza dan mula ditubuhkan pada tahun 1987. Kemunculan Hamas tidak disenangi oleh Israel dan konco-konconya terutama Kerajaan Mesir dan Fatah. Mesir membenci Hamas kerana pertalian Hamas dengan Ikhwan Muslimin yang sekian lama menjadi gerakan Islam yang berpengaruh di Mesir. Apatah lagi pimpinan Fatah, yang sekian lama mengimpikan untuk duduk di kerusi presiden Palestin seperti mana teman-teman karibnya di Lubnan dan Mesir. Dalam pilihan raya umum 2006, Hamas berjaya memenangi jumlah kerusi yang terbanyak dalam parlimen dan telah membentuk kerajaan baru. Hal ini membuktikan populariti Hamas berbanding dengan Fatah yang dianggap tidak berkesan dan tidak berakhlak oleh penduduk Palestin. Hamas juga melaksanakan beberapa program kebajikan di wilayah Palestin, termasuk menabung sekolah, rumah yatim piatu dan klinik kesihatan.Malangnya hak pemerintahan Hamas terhadap negara Palestin di nafikan oleh F
atah sendiri, dan pada masa yang sama Fatah di sokong oleh Israel dan Amerika untuk naik ke kerusi tersebut. Maka bermula episod sekatan ekonomi terhadap Palestin. Sekatan ekonomi yang paling dungu oleh dunia. Sekatan yang disandarkan atas nama Hamas yang menyebabkan jutaan rakyat Palestin menderita. Seluruh dunia di paksa untuk menerima konsep bahawa HAMAS itu PENGANAS dan pertubuhan HARAM yang tidak diiktiraf sedang sudah JELAS bahawa HAMAS lah yang dipilih rakyat Palestin untuk menjadi pembela mereka, untuk menjadi pemimpin mereka.Antara negara yang termasuk memboikot HAMAS ialah Malaysia. Di Malaysia, di dada akhbar utama negara seperti Utusan dan Berita Harian di gembar gemburkan dengan kisah konon kedegilan HAMAS, sifat HAMAS yang suka berpecah belah dari kesatuan ummah, suka bergaduh dengan Fatah, maka tidak hairan pada masa sekarang, jika saya bercakap dengan rakyat ke banyakkan Malaysia, jawapannya ialah, orang Palestin bergaduh sesama sendiri tak bersatu. Kalau yang jenis bertudung labuh tetapi buta hati pula menjawab dengan persoalan kesatuan ummah, masalah taksub politik dan pelbagai teori yang aneh di lontarkan. Walhal mereka tidak sedar, semua ini taktik Yahudi dalam mengaburkan umat Islam pada perkara sebenar.
Yang paling menyentuh hati, pernah diadakan persidangan OIC semasa Pak Lah menjadi Pengerusi OIC, wakil Palestin turut di jemput tetapi malangnya, yang di jemput ialah wakil Fatah sedangkan pada masa itu HAMAS yang memegang kerusi pemerintahan di Palestin. Maka HAMAS sentiasa tidak diberi peluang oleh dunia untuk memberi penjelasan dan merayu bantuan. Dan Alhamdulilah, susulan keengganan kerajaan Malaysia untuk menjemput kerajaan Hamas, Parti Islam se-Malaysia (PAS) telah menjemput wakil HAMAS, antaranya Sheikh Dr Abu Yani, Sheikh Abu Husam dan Sheikh Yani. untuk berucap di muktamar PAS ke-53, tahun 2007 di PUTIK,kelantan. Sikap Malaysia yang menafikan HAMAS turut memberi gambaran jelas kepada kita, Malaysia adalah sama sahaja dengan kerajaan Mesir. Bezanya, Malaysia tidak berjiran dengan Palestin.
Maka tidak hairan jika usul pendudukan haram Israel di Palestin yang di bawa Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) bagi membincangkan berkaitan bantahan sambutan ulang tahun ke 60 pendudukan haram Israel di bumi Palestin ditolak mentah oleh speaker dewan negara tanpa di bantah oleh mana-mana wakil UMNO dan BN. Dan saya menjadi jijik apabila Pak Lah mengeluarkan kenyataan bahawa ia kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan Israel membunuh rakyat Gaza.
Apa Perlu Kita Buat?
2 hari lepas, ada di kalangan individu cuba membangkitkan isu memboikot barangan Israel tidak berkesan jika dilakukan dalam bentuk individu dan persendirian, kerana kesan terhadap Israel tidak besar bahkan tidak terjejas. Maka dicadangkan supaya kerajaan meletakkan satu akta dagangan khas yang mana mengharamkan kemasukan mana-mana produk Israel ke dalam negara.
Satu cadangan yang bernas, tetapi semua ini akan bertukar menjadi sampah jika diserah kepada UMNO selaku peneraju negara sekarang. Mana mungkin mereka mewujudkan akta sebegini sedangkan dalam pada masa sekarang mereka mendapat benefit yang besar dalam kerjasama dengan Amerika dan Yahudi maka tidak hairan jika berbilion aset negara boleh di jual kepada syarikat Temasek Hol
ding, syarikat Singapura yang mempunyai hubungan langsung di Yahudi. Isu Yahudi dan Amerika hanya di mainkan oleh pemerintah negara apabila nama Anwar Ibrahim ditimbulkan. Sibuk satu negara, dalam mengatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah agen Yahudi dan Amerika, tetapi apabila saudara Anwar meminta kerajaan Malaysia memutuskan sebarang hubungan dagangan dengan Israel, semua senyap, semua buat-buat tak dengar.Maka jangan hairan dan saya tidak akan hairan jika bagaimana kerajaan Persekutuan yang diterajui UMNO dan BN menyekat dan melembapkan saluran bantuan terhadap negeri Kelantan sejak 19 tahun lamanya. Jika tidak percaya, jika anda menaiki kereta dari Kuala Terengganu hingga ke Kota Bharu, perbezaannya ketara pada jalan raya, dari Kuala Terengganu di alas Lebuh Raya, maka apabila sampai di sempadan Kelantan, jalan raya bertukar kecil, walhal pada laluan yang sama. Dan jangan hairan, pada zaman Tun Mahathir dahulu penah menghapuskan bantuan kepada sekolah Agama Rakyat. Dan jangan hairan, jika kini pemimpin UMNO, Melayu dan beragama Islam sedang memperlekehkan syariat Islam contohnya Hudud dalam tempoh menghampiri Pilihan raya kecil kuala Terengganu ini.
Yang ditimbulkan kini juga isu DAP dan PKR, maka jika benar kita takut parlimen kita dipenuhi oleh wakil bukan Islam dan sekular, maka untuk apa kita orang Melayu masih kekal dengan dukungan terhadap UMNO yang sudah nyata, jauh dari api dan panggang untuk membela Islam walau setelah 51 tahun merdeka.
Ini Bukan Isu Politik!
Hamas bukan bermula dengan perjuangan politik maka apabila ia menyertai politik ia mampu menang seperti mana kemenangan di medan perang senjata. Maka politik harus dilihat sebagai medan perang yang mempertaruhkan akidah dan prinsip-prinsip Islam.Maka Jika BENAR anda di luar sekalian Mencintai PALESTIN dan HAMAS!
Tidak ADA SEBAB untuk anda memilih UMNO sebagai pemerintah negara.
Tidak ADA SEBAB untuk anda mengundi BN pada pilihan raya akan datang.
Bab kata Tok Guru Nik Aziz;
Tidak Ada Sebab Untuk Kamu Lawan PAS
Tidak Ada Sebab Untuk Kamu Tidak Menyokong PAS
Jika di Palestin kini kita punyai barisan manusia yang berani mengandaikan kesenangan hidup demi Islam dan Umatnya dalam satu barisan yang dinamakan HAMAS. Maka di Malaysia kita sudah punyai PAS sebagai salah satu wadah perjuangan umat Islam dalam usaha membebaskan umat Islam dari belenggu taghut dan penghambaan terhadap musuh-musuh Allah yang diterajui Yahudi dan Amerika.
Kesimpulannya
Di Mesir ini pun, kita lesu dalam isu Palestin, tidak tahu bagaimana hendak salurkan sumbangan terhadap Palestin. Menolong Palestin bukan terhenti dengan derma wang ringgit tetapi juga mendorong kebangkitan manusia.
• Pernahkah kita cuba sedarkan sahabat-sahabat arab kita di kuliah tentang isu ini?
• Pernahkah kita nyatakan harapan kita pada bangsa Arab di sekitar kita ini?
• Pernahkah kita nyatakan pada bangsa Arab di kuliah atau di jalanan bahawa kamu bangsa
yang buta dan zalim terhadap saudara seagama dan sebangsa kamu?
• Pernahkah kita nyatakan harapan kita pada bangsa Arab di sekitar kita ini?
• Pernahkah kita nyatakan pada bangsa Arab di kuliah atau di jalanan bahawa kamu bangsa
yang buta dan zalim terhadap saudara seagama dan sebangsa kamu?
Kita adalah nukleus yang mampu menyedarkan bangsa Arab di Mesir ini, inilah peluang kita untuk membalas jasa Nabi Muhammad yang juga berbangsa Arab yang dahulunya telah menyedarkan kita bangsa Melayu dari kesesatan. Dan kini giliran kita untuk menyedarkan mereka. Tidak ada guna kita berada di bumi Mesir ini hanya sekadar diam dan bisu, tidak ada makna jika sekadar menderma, pelajar Malaysia di UK pun mampu menderma untuk Palestin walau beribu batu jauhnya. Infaq sahaja tidak cukup.Tidak ada sebab umat Islam lari dari memilih untuk memperjuangkan Islam, jika dalam bab cinta dan kahwin kita berpusu-pusu mencari pandangan Islam, dan mengapa dalam bab menegakkan kesatuan ummah dan negara Islam kita cuba lari! Dan berpaling dari menyokong perjuangan Islam.
HYD