
Pulangnya saya di Malaysia yang lalu bukan sahaja mengubat rindu pada ibubapa dan keluarga, tetapi juga menemukan saya kepada banyak perkara.
Antaranya, bertemu dengan rancangan tv yang sangat menarik!
Di Mesir ini, saya tidak berpeluang untuk menonton tv dan hanya bergantung harap pada intenet dan laptop. Dan tahun ini pula, laptop saya sudah rosak, sound card nya sudah hilang upaya, maka laptop saya sudah bisu. Jika mahu dibaiki memerlukkan kos yang tinggi.
Rancangan tv disaluran Astro Oasis.
Bagi saya, rancangan ini adalah paling islamik jika hendak dibandingkan saluran-saluran lain yang ada dalam pilihan butang remote tv saya pada masa itu ditambah pula ketika dibulan Ramadhan.
Di Atas Sajadah Cinta
Cerekarama yang bertajuk di atas sajadah cinta, yang diadaptasikan dari karya ustaz habiburahman telah diolahkan dalam bentuk filem sangat-sangat saya hargai. Mungkin ramai yang tidak berpeluang membaca karya tulisan dan saya yakin,pasti ramai yang tertarik jika ia dihidupkan dalam bentuk lakon layar.
Ada Yang Mual.
Bukan ini memuja hasil karya sesiapa, tetapi saya menilai sesuatu dari segi impaknya, apa yang diperolehi dari seni itu. Satu anugerah, jika seseorang mampu menterjemahkan sesuatu nilai kecintaan kepada Allah dalam bentuk karya dan yang penting ia mampu di kongsi oleh semua dan dalam satu istilah popular membangkit jiwa.

Di layar tv kita sekarang, kegersangan rancangan atau siaran yang bersifat menyuburkan iman dan melembutkan hati. Terutama rancangan tv di Malaysia, sudah tentunya TV3, TV2 dan TV1 saya tudingkan.
Filem cinta, dan pelbagai kisah romantis memang sudah lama subur di arena hiburan dunia masa kini. Keberjayaannya yang dinilai ialah, penonton mampu menangis kerananya, kalau ada bantal di tangan, sudah tentu di pukul-pukul pada kepala kawannya. Tetapi kebanyakkan filem itu dalam bentuk dogeng hikayat yang tidak realistik dan sekadar hiburan yang mungkin boleh di anggap sebagai nilaian yang kreatif.
Teringat kata-kata Ustaz Habiburahman El-Shirazy, penulis novel ayat-ayat cinta, dalam satu pertemuan.
"Maksiat masa kini lahir atau disebar dengan keadaan yang kreatif, Maka perlu pada dakwah Islam itu disebarkan dalam bentuk yang kreatif juga".
Jangan Pandang Remeh
"Saya tak sukalah cinta-cinta ini, ingat cinta ini hanya antara lelaki perempuan sahaja ke, sedangkan cinta yang paling sejati dan haq ialah cinta pada Allah!"
Ini dialog dan mungkin boleh dianggap satu azam oleh seseorang yang biasa saya dengar di merata-rata tempat. Memang dari segi teori itu sendiri, Cinta Pada Allah adalah pokok asas untuk segala cinta. Tetapi realistik masyarakat sekarang bagaimana?
Namun, percayakah kita, setiap kriteria cinta yang kita klasifikasikan dalam dunia ini adalah proksi cinta Allah?

Cinta ibubapa pada anak-anaknya
Cinta Suami pada isterinya
Cinta guru pada anak muridnya
Cinta lelaki pada wanita
Cinta teman pada sahabatnya
Semua contoh diberi diatas, adalah cinta yang berkait dengan makhluk. Maka apa kaitannya dengan Allah? Di mana Allah dalam konteks cinta ini? walhal nama Allah tidak disebut. Maka disini saya gunakan istilah proksi cinta Allah. Apa maksud proksi itu sendiri.
"kuasa yang diberi kepada seseorang untuk bertindak bagi pihak lain"
Dan bagaimana kita mampu menterjemahkan, bahawa dengan jatuh cinta pada Mahkluk Allah boleh membuat kita hampir pada Allah?
Saya Petik Kisah
Kisah 2 tahun lalu,seorang kawan perempuan saya yang belajar di Indonesia, saya kenalinya sebagai remaja yang lincah dan liar berhibur. Cara pemakaiannya, sosial pergaulannya boleh dianggap liar dan lari tuntutan agama. Sering sahaja dia bercerita pada saya tentang konsert-konsert liar yang dihadirinya.
Tetapi suatu hari, saya dipertemukan dengan satu titik perubahan pada dirinya.
"Aku jatuh cinta dengan mamat ini, tetapi pada masa yang sama ada mamat lain yang minat aku gak, dan mamat tu pun aku suka berkawan, so bagaimana aku nak buat?"
Jadi bagaimana anda ingin menjawab pada soalan ini, dan sebelum anda menjawab soalan kawan saya ini, anggaplah diri anda sebagai daei atau pendakwah?
Adakah kita ingin memakai dialog yang pertama di atas tadi iaitu;
"Saya tak sukalah cinta-cinta ini, ingat cinta ini hanya antara lelaki perempuan sahaja ke, sedangkan cinta yang paling sejati dan haq ialah cinta pada Allah!"
atau dalam bahasa lembut,
"Cinta yang paling utama ialah cinta pada Allah, dan tak semestinya cinta itu ialah cinta lelaki wanita".
Atau
"Alahh.. kau kena pilih yang paling setia dan kau rasa paling serasi dengan kamu".
Terpulang bagaimana anda ingin menjawab pada soalan tersebut, tetapi objektif pada jawapan anda mestilah membawanya kepada cinta sang pencinta, bagaimana? Sedangkan soalan tersebut soalan couple? Couple haram! Soalan itu pun asyik berkisar soal jantan-jantan!

Anda Mual?
Saya cuba jawab soalan itu.
"Ko nak tahu ke, bagaimana nak tahu lelaki itu baik ke tidak, sesuai ke tidak untuk ko?"
Kawan saya itu pantas menjawab "Ya, Nak!"
"Cara pertama ialah, ingat kembali Apa janji pertama lelaki itu?" jawab saya.
"Dua-dua tidak menjanjikan apa-apa pun, just ada yang cakap ingin bahagiakan aku sahaja, habis tu janji apa yang ko nak dari diorang?"
"Kalau boleh, aku nak dengar janji yang berbunyi "Saya nak kawini awk!"
"Kawin?! Gila ko, aku tak sedia, dah lah perangai aku macam ni, bukan aku taknak kawin,aku tak nak fikir lagi soal kawin ni, tetapi apa kaitan cara memilih lelaki sesuai dengan janji seperti ini?"
Saya hentikan dialog ini pada frasa ini.
Perhatikan, sasaran kita sudah mula membuka ruang untuk mendengar, membuka hisab diri, dia sudah mulai mengenali kondisi diri dan mungkin sudah terfikir soal tanggungjawab diri. Mungkin disini saya mampu tinggalkan anda sebagai pengulas, kenapa lelaki yang menawarkan perkahwinan lebih layak untuk diterimanya.
Kisah teman saya itu, alhamdulilah, setelah 2 tahun berlalu, ada perubahan pada dirinya. Perubahan yang sangat ketara ialah, "Kalau boleh, aku ingin jatuh cinta pada orang yang mendekatkan aku pada Allah!" katanya.
kata-katanya ini mengingatkan saya pada kata-kata Iman Syafie yang berbunyi;
"Cintailah orang soleh, kerana mereka memiliki kesolehannya, cintailah Nabi Muhammad s.a.w., kerana dia kekasih Allah SWT dan cintailah Allah SWT, kerana dia kecintaan Nabi dan orang soleh."
Kisah Lain.
Ada mereka yang kecewa, cinta terhalang, bukan cinta sebarangan! Cinta yang sudah dialas tikar perkahwinan. Ada yang sampai sudah bertunang! dan ada yang sudah sampai bertemu calon mertua. Tetapi tidak berjaya! Maka di mana kaitan cinta kepada Allah dic
elah cinta mahkluk ini?Ia terkait jika anda mampu mencari penyambungnya dengan cinta Allah. Ibarat mencari suiz atau plug penyambung kepada kipas anda. Kipas tidak akan berputar, selagi plugnya tidak bertemu dengan suiz tenaga.
Ayat popular dalam filem ayat-ayat cinta, kata sang banduan pada Fahri
"Allah mahu kamu Sabar dan Ikhlas! Sabar dan ikhlas!"
Maka suka saya kongsikan cerekarama atau filem pendek, Di atas Sajadah Cinta, dibawah tajuk Zahid Sang Guru. Cerita ini hanya selama 30 minit, dan terpecah kepada 6 part. Boleh ditemukan dalam Youtube, Alhamdulilah kerana ia sudah di Upload. Ia mempunyai 5 kisah.
Teman saya yang sempat menonton bersama saya menangis!
"Kenapa kamu menangis?" Sedangkan part filem pada ketika itu, part doa.
Saya yakin, ia menangis kerana nilai tawakal dan dambaan redha dan kekuatan yang ada di scene itu. Ada massage yang jelas. iaitu USAHA,TAWAKAL dan REDHA serta kekuatan yang dipohon.
Kadang-kadang saya terasa kecewa, kecewa kerana ada yang sanggup lakukan apa sahaja demi matlamatnya itu, sanggup berbohong, sanggup menipu, dan bahkan ada yang sanggup menggungut jika cinta dan impian kasih mereka menghadapi mehnah dan cabaran. Kenapa sampai setahap itu, atau adakah ini kesan kerana sering menonton filem-filem cinta bertaraf dogeng dan khayalan?
Dan saya ucapkan terima kasih juga pada Brother KingX kerana bersusah payah untuk cut and corvert lagu tema cerekarama ini. Dan pada sesiapa yang berminat untuk mendownloadnya, sila lah
klik disiniRamai yang menawarkan pada saya untuk menonton filem Sang Murabbi, maka tidak salah saya tawarkan anda dengan Di Atas Sajadah Cinta. Mungkin ada yang akan kata;
"Alahh.. ustaz mesir mengarut, tidak prokaktif dan bla..bla.."
Saya pinjamkan sekali lagi kata-kata imam syafie
Biarkan hari-hari itu melakukan apa saja, Bertenanglah bila qada menjatuhkan hukuman, Jangan tersentak dengan peristiwa duka malam hari, Peristiwa di dunia ini sebenarnya tidak lama.
Wslm
HYD
4 comments:
klik di sini tu cm xde link pada mane2 pautan pun. adehh.
dah ada dah.. brother kingx dah bagi link.. nama file tu bagus sungguh tuuu
usaha , doa dan tawakkal boleh dikaitkan kaktus dan ulat berbulu.....
“Ku pinta pada Allah setangkai BUNGA INDAH, Dia memberi KAKTUS BERDURI, Ku minta kupu-kupu diberikannya ULAT BERBULU, lalu ku berasa sedih dn kecewa..Namun kemudian KAKTUS ITU BERBUNGA Indah sekali dan ULAT ITUPUN MENJADI KUPU-KUPU YANG SANGAT CANTIK SEKALI, Itulah jalan Illahi, Indah pada masanya. Allahtidak memberi apa yang kita harapkan tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan kadang-kadang kita kecewa, sedih, terluka..tetapi jauh diatas segalanya Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita sebagai hambaNya……
ana dah klik kat situ..the file is no more available...could u please put the file again? i want to see di atas sejadah cinta =( jzkk
Maaf,video tu dah diclaim oleh hazel chanel, so Utube dah remove,video2 cerita tu ada je dlm laptop lama saya..
Mungkin satu masa sy akan upload kembali..
Post a Comment